BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mahkamah Tinggi Tetapkan 21 Mei Keputusan Tindakan Undang-undang Indira Gandhi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
acd2a8b4aef1d8d376f6809f2f1add1b6981c9385194d

M Indira Gandhi
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA


Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 21 Mei bagi keputusan berhubung saman pemula (OS) yang difailkan oleh M. Indira Gandhi dan 13 yang lain untuk mencabar kesahihan undang-undang negeri berkaitan penukaran agama secara unilateral.

Hakim Datuk Aliza Sulaiman menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada peguam yang terlibat dalam kes berkenaan.

"Mahkamah menetapkan 21 Mei pada 2.30 petang untuk menyampaikan keputusan melalui Zoom," katanya.

Indira dan 13 yang lain sebagai plaintif, memfailkan saman pemula pada Mac 2023, untuk membatalkan penukaran agama secara unilateral di enam negeri yang melibatkan Kerajaan Negeri Johor, Perlis, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan dan Perak, serta Wilayah Persekutuan.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bertindak sebagai pencelah dalam saman pemula itu.

Terdahulu, peguam Rajesh Nagarajan yang mewakili plaintif berhujah bahawa kegagalan defendan untuk menyediakan sebarang justifikasi menunjukkan bahawa undang-undang negeri yang membenarkan penukaran agama secara unilateral bagi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, tidak konsisten dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan dan kuasa Mahkamah Persekutuan yang ditetapkan.

Sementara itu, Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly@Arwi yang mewakili Wilayah Persekutuan berhujah bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi pada 2018, tidak boleh dianggap sebagai kuasa yang mengikat bagi menyokong prinsip bahawa Seksyen 106 Enakmen Perak dan peruntukan antara negeri termasuk Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) [Akta 505], tidak berperlembagaan.

"Seksyen 95 Akta 505 dilindungi oleh andaian Perlembagaan yang kukuh. Andaian ini berdasarkan pengiktirafan bahawa badan perundangan pada asasnya dianggap memahami keperluan rakyat," katanya.

Peguam Danial Farhan Zainul Rijal yang mewakili MAIWP pula berhujah bahawa plaintif kekurangan locus standi yang diperlukan untuk mengekalkan tindakan ini kerana plaintif gagal menunjukkan sebarang rungutan atau kecederaan diri yang sebenar.

 
Back
Top
Log in Register