combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
M Indira Gandhi
--fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 25 Jun depan untuk mengetahui perkembangan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes Muhammad Riduan Abdullah yang didakwa gagal menyerahkan anak bongsunya, Prasana Diksa kepada bekas isterinya M. Indira Gandhi, 17 tahun lepas.
Prasana akan menyambut ulang tahun ke-18 pada Rabu ini.
Hakim Datuk Norsharidah Awang berkata tempoh selama dua bulan itu adalah bersesuaian untuk pihak polis melakukan siasatan lanjut termasuk menyemak semula maklumat Muhammad Riduan yang didakwa ada membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada usianya 55 tahun.
Terdahulu, Peguam Persekutuan Safiyyah Omar memaklumkan mahkamah bahawa PDRM telah mengambil beberapa tindakan termasuk melakukan analisis forensik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan transaksi kewangan Muhammad Riduan (dikenali sebagai K. Pathmanathan sebelum pengislamannya).
Beliau berkata rakaman itu, yang didakwa memaparkan Muhammad Riduan ketika mengisi petrol menggunakan inisiatif Budi MADANI 95 (BUDI95), tidak dapat diekstrak dengan jelas.
Safiyyah berkata polis juga telah menyemak dengan KWSP namun dimaklumkan bahawa maklumat pencarum tidak boleh didedahkan mengikut akta agensi berkenaan.
"Sebarang pendedahan maklumat tanpa persetujuan pencarum adalah melanggar akta tersebut,” katanya sambil menambah PDRM akan melakukan semakan lanjut dengan KWSP berhubung isu itu.
Peguam Rajesh Nagarajan, yang mewakili Indira, pula memaklumkan mahkamah bahawa afidavit terbaharu yang dikemukakan hari ini hanya memperinci transaksi pengisian petrol pada 24 Okt 2025 sedangkana dokumen terdahulu menyebut beberapa tarikh di sembilan lokasi.
Sementara itu, ASP Yap Siew Cheng dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak berkata hanya satu stesen minyak mempunyai rakaman CCTV itu manakala lapan lagi tidak berjaya diperoleh kerana sistem padam secara automatik atau auto delete selepas dua minggu.
Kes Indira Gandhi: Mahkamah Tetap 25 Jun Untuk Dengar Perkembangan Siasatan PDRM
Indira Gandhi, Muhammad Riduan Abdullah, peguam n