BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Solar Hibrid Rosmah: Mahkamah Dengar Bukti Tambahan 17 Sept

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kes Solar Hibrid Rosmah: Mahkamah Dengar Bukti Tambahan 17 Sept​

162509759d80bf874568d4295bc0fb2f6aa25f7c78678

Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba bagi prosiding pengurusan kes membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Sept ini untuk mendengar bukti tambahan daripada saksi pendakwaan, Rayyan Radzwill Abdullah, dalam kes projek solar hibrid membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin menetapkan tarikh berkenaan selepas peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh memaklumkan kepada mahkamah bahawa Mahkamah Rayuan memutuskan membenarkan permohonan Rosmah untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya serta memerintahkan supaya bukti tambahan itu direkodkan Mahkamah Tinggi.

“Saya perlu menetapkan tarikh kerana perintah Mahkamah Rayuan itu agak jelas. Saya fikir kita akan menetapkan tarikh pendengaran selaras dengan perintah Mahkamah Rayuan sehingga permohonan penangguhan diluluskan.

“Sekiranya penangguhan diberikan, kita akan menentukan langkah seterusnya. Jika tidak, kita akan meneruskan prosiding seperti yang diperintahkan Mahkamah Rayuan. Jika saya tidak mematuhi perintah itu, saya akan dianggap menghina mahkamah,” kata Hakim Aslam sebelum menetapkan 17 Sept sebagai tarikh pendengaran.

Pada 1 Sept, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sabitan dan hukuman berhubung kes projek solar hibrid Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Panel tiga hakim membenarkan Rosmah mengemukakan bukti tambahan melibatkan saksi pendakwaan ke-16, Rayyan Radzwill Abdullah, melalui pemeriksaan balas lanjut dan pemeriksaan semula.

Terdahulu, Jagjit berkata Mahkamah Rayuan telah mengeluarkan perintah khusus supaya pengurusan kes diadakan hari ini dan mengarahkan Mahkamah Tinggi merekodkan keterangan tambahan itu dalam tempoh dua minggu.

"Mahkamah Rayuan juga telah menetapkan pendengaran rayuan jenayah itu disambung pada Oktober, menyebabkan tempoh masa yang ada agak singkat. Pihak pendakwaan telah memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu tetapi tarikh pendengarannya masih belum ditetapkan. Kami memohon agar mahkamah meneruskan penetapan tarikh,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Deepa Nair memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 4 Sept lepas.

 
Back
Top
Log in Register