BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Rasuah Projek Solar: Rayuan Rosmah Ditangguh Ke 1 Sept

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kes Rasuah Projek Solar: Rayuan Rosmah Ditangguh Ke 1 Sept​

60a11f6fa9c146bf3708ad9e36092327699e9daf34123

Datin Seri Rosmah Mansor (Gambar fail)

Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah melibatkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak, yang dijadualkan didengar hari ini di Mahkamah Rayuan, ditangguhkan ke 1 Sept.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Azhahari Kamal Ramli menetapkan 16 hari pada September untuk mendengar rayuan berkenaan.

Terdahulu, panel itu membenarkan pelupusan permohonan peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh untuk menangguhkan prosiding hari ini, sementara menunggu permohonan semakan yang difailkan Rosmah pada 29 Julai berhubung permintaan supaya hakim menarik diri daripada mendengar kes solar berkenaan.

Menyifatkan kes itu sebagai kes lama yang bermula sejak 2022, Hakim Datuk Azhahari yang bersidang bersama Datuk Dr Choo Kah Sing dan K. Muniandy berkata mahkamah tidak akan berkompromi dengan tarikh pendengaran baharu yang telah ditetapkan itu.

“Kami tidak akan berkompromi dengan tarikh-tarikh ini. Pendengaran telah ditetapkan pada 1 hingga 4 Sept, 8 hingga 11 Sept serta 21 hingga 30 Sept 2026. Rayuan mesti bermula pada 1 Sept dan kami tidak akan membenarkan sebarang penangguhan sepanjang tempoh pendengaran yang telah dijadualkan,” katanya.

“Dengan mengambil kira peguam bersama Datuk Akberdin Abdul Kader, kini sedang berdepan saat-saat sukar dalam kehidupannya, kami membenarkan permohonan penangguhan ini,” katanya.

Mahkamah turut memaklumkan bahawa Presiden Mahkamah Rayuan menerusi surat bertarikh 10 Okt 2024, telah membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pendengaran rayuan utama.

“Kami berpendapat bahawa surat itu perlu ditafsirkan sebagai turut membenarkan rayuan utama ditangguhkan, sehingga pemohon menggunakan sepenuhnya semua saluran undang-undang yang tersedia, termasuk permohonan semakan, sementara menunggu pendengaran dan pelupusan permohonan semakan tersebut,” katanya.

Terdahulu, Jagjit memohon penangguhan atas alasan pihak pembelaan telah memfailkan permohonan semakan berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan, yang menolak rayuan Rosmah untuk membatalkan pelantikan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan (kini Hakim Mahkamah Rayuan), yang mengendalikan perbicaraan serta mensabitkan beliau dalam kes rasuah projek hibrid solar itu.

 
Back
Top
Log in Register