BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Rasuah Babitkan Projek Hibrid Solar: Rayuan Rosmah Didengar Pada 1 Julai Ini

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
60a11f6fa9c146bf3708ad9e36092327699e9daf34123

Datin Seri Rosmah Mansor (Gambar fail)

Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan tiga hari bermula 1 Julai depan untuk mendengar rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.

Peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu, berkata semasa pengurusan kes Hakim Datuk Nadzarin Wok Nordin menetapkan 1, 2 dan 3 Julai untuk mendengar rayuan tersebut.

Beliau berkata anak guamnya turut memfailkan semakan semula terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang menolak permohonannya untuk mengugurkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamed Zaini Mazlan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) yang mendengar kes itu dan mensabitkan Rosmah.

Pada 3 Mac lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir Rosmah untuk menggugurkan Mohamed Zaini atas alasan tiada kekhilafan yang berlaku sehingga mewajarkan campur tangan mahkamah.

Pada 1 Sept 2022, Mohamed Zaini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta selepas mendapati Rosmah bersalah atas pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.

Beliau turut memerintahkan agar Rosmah menjalani hukuman penjara tambahan 10 tahun jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.

Mohamed Zaini mensabitkan Rosmah atas pertuduhan meminta rasuah sebanyak RM187.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya, Rizal Mansor, sebagai dorongan membantu syarikat itu memperoleh projek solar berkenaan.

Beliau juga didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5 juta daripada Saidi melalui Rizal di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Dis 2016 dan RM1.5 juta daripada Saidi di Jalan Langgak Duta pada 7 Sept 2017.

 
Back
Top
Log in Register