BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

LHDN Mula Siasatan Terhadap Individu Dikenal Pasti Dalam RCI TH

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

LHDN Mula Siasatan Terhadap Individu Dikenal Pasti Dalam RCI TH​

d3c8c60d3fc31ffb34cb92185057efb467e63b25b79d9


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memulakan siasatan terhadap individu yang dikenal pasti berdasarkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan dijalankan berdasarkan analisis risiko percukaian, yang mengesan ketidaksepadanan antara pemilikan aset dengan jumlah pendapatan yang dilaporkan individu berkenaan.

Menurut kenyataan itu, LHDN telah mengadakan serbuan ke beberapa premis berkaitan bagi mendapatkan maklumat, membuat semakan dokumen dan mengesahkan fakta yang berkaitan dengan siasatan tersebut.

“LHDN ingin menjelaskan setiap tindakan semakan dan siasatan dilaksanakan secara profesional, berintegriti dan berlandaskan peruntukan undang-undang percukaian yang berkuat kuasa tanpa sebarang prejudis terhadap mana-mana pihak.

“Sebarang tindakan lanjut hanya akan diputuskan berdasarkan hasil siasatan, penelitian maklumat serta bukti yang diperoleh sepanjang proses semakan dilaksanakan,” menurut kenyataan itu.

Pada 29 Julai, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Laporan RCI setebal 211 halaman berhubung siasatan terhadap pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020.

 
Back
Top
Log in Register