BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lepas Hyprobulksms, Project X pulak ke Tuksidang?

Dan kepada geng CG semua, tujuan thread ni dibukak, bukan untuk hentam sape-sape, cuma nak bagi peringatan minta orang berhati-hati.

Gambar yang diletak di depan tu diambil dari web project x dan sebelum thread ni dibukak dah bersepah gambar dan peringatan di sebarkan di fb tentang program ni. Bukan aku yang buat gambat tu, bukan aku yang mula-mula letakkan gambar tu di internet, gambar tu mula dimuatnaik oleh founder program tu sendiri.

Cuma aku heran, kenapa ada sesetengah manusia yang melenting bila benda ni di highligthkan, sedangkan masa bagi gambar dia ditangkap tu tak terfikir langsung pasal benda-benda ni. Sekarang bila org dah highlight benda ni, cuba pulak nak salahkan orang lain. Pelik
 
kesian tok sidang..

semalam ke kelmarin ntah..dia bukak thread kena scam tapak niaga..huhu
 
nazri tu adiktuksidang.....cgrian gak...dreamchaser kot id....double check balik tp dia guna avatar kedai rm2 gak

zahir tu pun dok dlm cg ni gak...si azrin tu pun pnh nmpk post dlm cg

zahir tu speaker dia dlm hyprobulk...azrin admin kat hyprobulk...nazri pun

so...watch out je la cgrians....

ooo....baru tau :d
 
aku respek org yg nak ambil tindakan terhadap program ni..biar la owner prog sapa pun..sbb semua tahu perjalanannya mcmana..

cuma aku pelik ada sorang admire yg selalu nk hentam aku..alasan hanya sebab gambar aku ada je..walau berbuih diterangkn, tu jugak point dia...kelakar pun ado.. simple je..tajuk thread apa..jd teruskan berhujah pasal thread..as human, i need to protect myself..lagi2 drpd benda tak betul..takkan org kutuk kita benda tak betul, kita sengih sambil beli pisang setandan...

sebab selama aku di cg ni..benda2 /prog camni la yg mndapat sambutan hebat..alasannya hanya satu..fast money.tp bila program camni kantoi, terus hentam sana sini..silap diri sendiri tak nampak..biar la beratus prog baru, ada jugak budak cg yg buat..yg plg best, ramai follower yg join mghentam,walhal tak tahu cite sebenar pun..dengar sana,dengar sini,then bg pendapat seolah2 info dari padanya la yg betul dan tepat...

pd admire aku nih..dengarlah nasihat ni. teruskn bantu org lain bg kesedaran pasal program ni, bukan hentam kromo tanpa sebab kukuh..jgn hanya 1 sebab nak dijadikan bukti kuat. ia sgt tidak kukuh..ni dunia..apa2 boleh berlaku.jd, be matured..benda remeh pasal aku ni, jgn la hari2 nak bukak thread ni semata2 nak hentam aku..hentam benda yg paling besar yg akan lebih besar jika tak dpt perhatian yg betul..jgn jd hebat disini je..sumbangla sesuatu benda berfaedah pd cg.aku tak join@sokong prgram ni. aku dah bg masa utk remove gambar, dan will see how next..harap2 ko clear la apa penerangan kali ke 5 ni..

oh ya..pasal pisang tu..kalau kau buang aku amik..rezeki tuhan.tak tahu la hr ni buang,esok2 dpt makan ke pisang...jd sebab sebijik rosak..yg lelain aku makan..

pada semua warga cg..kalau aku silap aku mintak maap.aku just pertahankn apa hak aku. korang akan buat bnda yg sama jika berlaku pd korang.. at least aku bukan senyap je ,bukan buat tak tau je ..aku bersuara demi hak aku.bab saman, aku tak rasa ia satu kesalahan besar..kalau korang tak sentuh /kutuk nama aku, rasanya takda lngsung kaitan dgn saman ni. nak saman kena keluar duit..tp yg penting..ia pengajaran terbaik buat org yg suka hentam org lain di dunia maya ni tanpa berfikir hak org lain..respect others,then ppl will do the same thing to u..
Bro..sblm nk smn ni..better bro deal dgn abg bro tu utk remove gmbar bro yg tersengih kt web tu...selagi gmbr tu duk ctu slgi tu la org2 kt cg ni akan hentam bro, slh seorg leader..knp x hntam org lain? Org lain diam.klu bising kena jugak aku rs..tindakan bro mcm nk menegakkan benang bsh je...ok..klu gmbr bro dh remove n diorg msh hentam bro, bro ada alasan nk saman. Org pertama yg bro kn saman ialah tuk sidang coz letak gmbr tnp kbnaran, agaknya laa. Slg x remove slg tu la bpnjgan... Pada aku, Dlm hal ni nemeck betul...
 
entah. duk pung pang pung pang. gambar kat web tak remove jugak.

yang dia nak saman geng kat cg ni duk sembang pasal gambar tu. haih..

better kasi settle gambar kat web tu barulah start sembang 'nak saman' geng yang cakap pasal dia.
 
Bro..sblm nk smn ni..better bro deal dgn abg bro tu utk remove gmbar bro yg tersengih kt web tu...selagi gmbr tu duk ctu slgi tu la org2 kt cg ni akan hentam bro, slh seorg leader..knp x hntam org lain? Org lain diam.klu bising kena jugak aku rs..tindakan bro mcm nk menegakkan benang bsh je...ok..klu gmbr bro dh remove n diorg msh hentam bro, bro ada alasan nk saman. Org pertama yg bro kn saman ialah tuk sidang coz letak gmbr tnp kbnaran, agaknya laa. Slg x remove slg tu la bpnjgan... Pada aku, Dlm hal ni nemeck betul...

dah suh bro..tggu smpai masa di beri habis je,,jika tak..akan dilakukan apa yg patut...at least dia boleh terima teguran dan boleh terima org tak suka dan akan bertindak ..bukan bertindak untuk menentang ..

benang basah sebab diri sendiri boleh la diterima..benang basah sebab org lain? kita yg basah ni takkan nak diam je..bertindak menerangkan itu lebih baik dr senyap..senyap selalu org ckp tandanya org tu bersalah ..ke senyap sebab org tu betul?..

sorry bro..itu pendapat bro.mmg setuju kesalahn upload gmbr tanpa kebenaran..tp salah juga menuduh bermacam2 hanya sebab gambar tu..sbbb aku adik dan ada gambar, terus kaitkan aku subahat dan lelain..tu terlampau rasanya....

apa2 thanks kerana respon...mmg sedang tunggu gambar di remove then nak tgk apa akan berlaku dgn admire2 yg ada disni....
 
buat projek baru lak kekek
 
Kalau dulu Hairul Nizam Hashim @ Tuksidang ni glamer dengan bisnes Kedai RM2, Pelaburan di Bandung yang dah berjaya menyebat duit pelabur lebih 100K, Hyproblast dan Hyprobulksms, sekarang tahun 2013 ni tuksidang kembali dengan bisnes MLM baru:

Project X!
Modal RM1000, kalau pandai taja-menaja ni boleh dapat sampai RM1.5 juta!

Project X ni kira macam affiliate/mlm yang bagi komisen kepada ahli yang jual lot-lot iklan untuk laman web macam Mudah.my. Sambungan dari 'kejayaan' Gloryads.com

69217_517241114993999_63033387_n.jpg

Antara Leader-Leader lama yang dipanggil balik:

48118_10200663372213801_1202697649_n.jpg

Inilah dia founder Project X yang sebelum ni dah pernah ada berpuluh jenis bisnes yang lebih kurang macam ni, tapi semuanya terlungkup.

417596_552060048160132_522143581_n.jpg

Website: www.tuksidang.wix.com/projectx
Facebook: www.facebook.com/events/115720705279175

Untuk makluman, Tuksidang sekarang sedang giat mengumpul dana 50K dari ahli-ahli yang nak join Project-X ni. Dari track record Tuksidang yang bersepah di Google, aku harap kepada siapa-siapa yang berminat nak join:

SILA BERHATI-HATI!

Dari gambar 4 orang leader tu, siap pegang board tu lagi, mustahil kalau kata mereka tak sedar kad apa yang mereka pegang dan tak sedar sedang diambil gambar.

Takkan tak baca kad apa, main pegang je, nanti orang letak kad 'saya lembu', suruh pegang, pun pegang juga.
 
Ini bole mendatangkan marah....nanti kena saman:eek::eek:
 
Dari gambar 4 orang leader tu, siap pegang board tu lagi, mustahil kalau kata mereka tak sedar kad apa yang mereka pegang dan tak sedar sedang diambil gambar.

Takkan tak baca kad apa, main pegang je, nanti orang letak kad 'saya lembu', suruh pegang, pun pegang juga.

:)):)):)) betul lah ni bangg.....abg dia yg upload gambar kasi satu Malaya tengok , tetiba dia sebok nak mai saman kat sini ... what the fakkkkk......lawyer pun malu nak bwk naik court.....setakat amik duit rm500 utk bukak fail boleh arr
 
Back
Top
Log in Register