BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Warga Emas Hilang Ketika Menyelam Di Perairan Pulau Tenggol

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
74c6f3d08aa88f4a6fec934672947cf664cf8e7c9c522


Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti selaman di perairan Pulau Tenggol dekat sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Abdul Halim Hamzah berkata kejadian berlaku pada 4.30 petang ketika Tam Peng Hoong, 66, melakukan aktiviti berkenaan bersama-sama anaknya.

"Dimaklumkan anak mangsa (Tam) telah naik ke permukaan air selepas lima minit menyelam, bagaimanapun mangsa tidak timbul setelah sejam melakukan selaman," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata Sub Pusat Penyelamat Maritim (MRSC) Kuantan, Pahang menerima aduan berhubung insiden itu petang tadi manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) kemudian diaktifkan pada 2.10 petang, sembilan minit selepas aduan diterima.

Abdul Halim berkata Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggerakkan bot Penggalang16 ke lokasi kejadian dan Pangkalan Hadapan Carilamat telah diwujudkan di Kuala Dungun di sini.

"Setakat 7 malam tadi, tiada sebarang tanda penemuan mangsa. Operasi SAR akan disambung semula pagi esok," katanya.

 
Back
Top
Log in Register