BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APMM Perluas Kawasan CARILAMAT Penyelam Hilang Di Perairan Pulau Tenggol

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
9b38e1c4e59da1cd7e272dd681d675e469c2083a78576

1dbef7d6ab1a28f352b40da0d55cedfa69c208781ceec

Kredit: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini memperluaskan kawasan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) bagi mengesan seorang penyelam yang dikhuatiri hilang di perairan Pulau Tenggol di sini sejak Jumaat lepas.

APMM dalam kenyataan memaklumkan operasi CARILAMAT Tam Peng Hoong, 66, yang memasuki hari keempat melibatkan pelbagai agensi dan pihak swasta itu diperluaskan sehingga 94.93 batu nautika persegi di perairan pulau itu.

“Pencarian di permukaan laut dilaksanakan menggunakan Bot Perkasa 45 milik APMM Pahang dan KM Redang (APMM Terengganu) manakala tiga pengusaha pusat selaman di pulau itu turut menjalankan pencarian di dasar laut di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

APMM memaklumkan keadaan cuaca di lokasi operasi dilaporkan sederhana dengan angin bertiup dari arah timur laut pada kelajuan 20 hingga 30 kilometer sejam serta ketinggian ombak antara satu hingga dua meter.

Bernama sebelum ini melaporkan lelaki warga tempatan itu dikhuatiri hilang selepas melakukan selaman skuba di perairan Pulau Tenggol pada 4.30 petang, Jumaat lepas.

Warga emas itu dilaporkan melakukan aktiviti air berkenaan bersama seorang daripada anaknya dan tidak timbul setelah lima minit melakukan selaman.

 
Back
Top
Log in Register