BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita Meninggal Dunia Ketika Menyelam Di Pulau Tioman

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Wanita Meninggal Dunia Ketika Menyelam Di Pulau Tioman​

7628feb2df415ce37a326e72a66690c95e7a1027641f4


Seorang wanita tempatan meninggal dunia semasa menjalankan aktiviti menyelam di perairan Kampung Salang, Pulau Tioman, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata mangsa, Heng Jing Ying, 31, bersama rakannya telah menyertai aktiviti anjuran sebuah pusat selaman selama dua hari bermula 17 Julai.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pada 19 Julai lepas, mangsa bersama kumpulan sembilan peserta, seorang pengajar dan seorang divemaster melakukan aktiviti selam santai di kawasan Seafan, Batu Malang, Pulau Tulai.

"Sebelum aktiviti dijalankan, mangsa dan kumpulannya telah diberikan taklimat berkaitan keselamatan serta penggunaan peralatan, walaupun mereka mempunyai lesen menyelam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata semasa berada pada kedalaman 17.6 meter, mangsa dipercayai terpisah daripada kumpulannya dan usaha pencarian segera dilakukan oleh instruktor di kawasan selaman.

"Selepas hampir 30 minit pencarian, mangsa ditemukan terdampar di dasar berpasir tidak jauh dari kawasan selaman,” katanya.

Sharif Shai berkata mangsa kemudian dibawa ke bot dan diberikan bantuan pernafasan, namun tidak menunjukkan sebarang tindak balas sebelum dibawa ke Klinik Kampung Tekek untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di Klinik Kampung Tekek. Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat keadaan gelembung gas atau udara memasuki saluran darah arteri, selain siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah berkaitan kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 
Back
Top
Log in Register