BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Warga Emas Hilang Selepas Keluar Sarapan Di Kedai

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Lelaki Warga Emas Hilang Selepas Keluar Sarapan Di Kedai​

2db13dd129768b9a671bae5df3bb4d046a5f4745c67eb

Kredit Bomba

Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Baru Neram 1, Cheneh dekat sini sejak Ahad lepas.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Che Ahmad Taqiyuddin Che Yaacob berkata  Abdullah Besor, 70, dilaporkan keluar dari rumah untuk bersarapan di sebuah kedai di kampung itu pada  7 pagi hari berkenaan.

Beliau berkata pihaknya melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) setelah menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pihak polis pada 6.40 petang semalam.

Sebanyak tujuh anggota bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan kenderaan utiliti dihantar ke lokasi kejadian.

"Operasi SAR pada hari ini tertumpu di kawasan ladang kelapa sawit dengan radius operasi pencarian dalam lingkungan lima kilometer dari rumahnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata operasi SAR dijalankan secara bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk kampung.

 
Back
Top
Log in Register