BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Dipenjara Lima Tahun, Satu Sebatan Kerana Miliki Kerambit

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara lima tahun dengan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki senjata berbahaya tanpa kebenaran.

Hakim Nik Habri Mohamad menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nazrulhisam Mohd Nordin, 44, kerana memiliki sebilah kerambit berhulu berwarna coklat berukuran 12 sentimeter di tepi Jalan Kampung Telong, Bachok, pada 5.20 petang 29 Dis tahun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Syafiqah Mohamad memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran kepadanya.

Mohd Nazrulhisam yang tidak diwakili peguam itu merayu hukuman ringan kerana dia perlu menjaga tiga anak yang masih bersekolah serta masih tinggal bersama ibu bapa.

 
Back
Top
Log in Register