BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,297.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota Polis Dipenjara Lima Tahun, Satu Sebatan Miliki Senjata Berbahaya

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
f0d97c113a48322d14d07cb4793b17b7690889f5703bf


Seorang anggota polis berpangkat konstabel dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki senjata berbahaya tanpa kebenaran.

Hakim Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hastree Mohamad, 36, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki sebilah parang tanpa alasan munasabah sewaktu pemeriksaan polis di parkir kereta berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching pada 29 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun tidak melebihi 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aiman Mutalib Muhammad Shariff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret, Mohd Hastree turut dijatuhi hukuman penjara dua minggu oleh Majistret Ling Hui Chuan selepas mengaku bersalah tidak hadir bertugas sebagai anggota polis tanpa sebab munasabah selama lima bulan, dari 14 Mei hingga 29 Sept lepas.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 86 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 
Back
Top
Log in Register