BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cubaan Bunuh Polis: Lelaki Dipenjara Lapan Tahun, Satu Sebatan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
d8e1cc8e479dc91a76e251323ad5e2c969df65eb29213

a9e52f41536f3deaff5e016eb21fe26b69df65bcd2564

Kredit foto: Shanika Abdullatib

Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini selepas didapati bersalah cuba membunuh seorang Inspektor Polis Diraja Malaysia dengan menggunakan sebilah kerambit, Sabtu lepas.

Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fairus Abdullah, 31, selepas tertuduh mengaku salah.

Dia didakwa cuba membunuh Esmal Fhahmie Abd. Malek, 40, dengan menghayunkan sebilah kerambit ke arah mangsa dengan niat sedemikian yang boleh menyebabkan kematian.

Perbuatan itu dilakukan pada 1 pagi di  Lot 1209-2, Batu 6 Lereh, Tanjung Kling pada 11 April lepas, dan pendakwaan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun, dan sebatan.

Tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana memiliki senjata berbahaya, iaitu sebilah kerambit di tempat awam tanpa mempunyai maksud yang sah.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh dilihat dalam keadaan mencurigakan dan telah melarikan diri sejauh 300 meter sambil memegang sebilah kerambit serta sebatang pemutar skru selepas pengadu, iaitu Inspektor Esmal memperkenalkan diri.

Pengadu telah meminta dia menyerah diri tetapi tertuduh enggan sambil menjerit “Aku akan bunuh polis yang cuba tahan atau tangkap aku”.

Lelaki itu kemudian bertindak menghayunkan sebilah kerambit ke arah pengadu dan hanya melepaskan senjata berkenaan selepas satu das tembakan amaran ke udara dilepaskan oleh anggota polis.

 
Back
Top
Log in Register