BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Dipenjara 30 Tahun Dengan 12 Sebatan Kerana Edar Dadah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
ad09e8b86e2b2da8f6bee97726b764185e3a411dec1cf


Seorang lelaki berusia 32 tahun hari ini dihukum penjara 30 tahun dengan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah mengedar 717.67 gram dadah jenis metamfetamina pada Disember 2023.

Hakim Wong Siong Tung membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Wong Kieng Li di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap, iaitu pada 12 Dis 2023.

“Setelah menimbang hujah kedua-dua pihak, rayuan dan kuantiti dadah yang terlibat serta keadaan kes ini, mahkamah memutuskan untuk tidak menjatuhkan hukuman mati,” katanya.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah kereta di sepanjang Jalan Oya di sini pada kira-kira 5 petang 12 Dis 2023.

Sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa tertuduh telah mengambil satu bungkusan yang mengandungi dadah itu dari kaunter kargo di Terminal Bas Sibu dan meletakkannya di dalam kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, Wong dalam pembelaannya mendakwa dia hanya membantu rakan yang dikenali sebagai “Bai Mau” mengambil bungkusan yang disangka mengandungi lampu LED.

Mahkamah mendapati tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan terhadap bungkusan itu sekali gus mencetuskan anggapan statutori mengenai pemilikan serta pengetahuan di bawah akta berkenaan selain menolak penjelasan Wong kerana dia gagal memberikan butiran mengenai rakan yang dikatakan atau mengemukakan saksi bagi menyokong dakwaannya.

Hakim itu juga berkata terdapat percanggahan dalam keterangan tertuduh termasuk memberikan nombor kad pengenalan yang tidak tepat serta nombor telefon palsu ketika mengambil bungkusan tersebut.

“Kesemua keadaan ini secara keseluruhan menjadikan versi tertuduh tidak munasabah dan tidak mampu menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register