BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lelaki Cedera Disamun Dua Suspek Bersenjata Parang Di Kuala Ketil

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Lelaki Cedera Disamun Dua Suspek Bersenjata Parang Di Kuala Ketil​

d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Seorang lelaki berusia 20-an cedera pada bahagian kepala, bahu dan siku dalam kejadian samun membabitkan dua suspek bersenjata parang di rumahnya di Kuala Ketil, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Baling Superintenden Brandon Anak Richard Joe berkata polis menerima laporan pada 8.40 pagi.

"Siasatan mendapati pada 8.10 pagi, mangsa didatangi dua suspek lelaki menaiki motosikal jenis Honda berwarna perak. Kedua-dua suspek masing-masing bersenjatakan parang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.

"Mangsa kerugian sejumlah wang tunai serta barangan peribadi. Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan," katanya.

 
tau dah puak mana...pastu tangkap hidup... :ROFLMAO:
 
Back
Top
Log in Register