BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Lelaki Bersenjata Parang Samun Kedai Runcit, Larikan Barang Kemas

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146

Tiga Lelaki Bersenjata Parang Samun Kedai Runcit, Larikan Barang Kemas​

48d29148d9212a20deaf12904a9cbcec6a016f87abc47

Garisan Polis - Jangan Lintas (Ilustrasi Sahaja)

Seorang peniaga wanita warga emas berdepan detik cemas apabila kedai runcit miliknya di Ketengah Jaya di sini, disamun tiga lelaki bersenjata dalam kejadian pada 1.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata mangsa yang berusia 70 tahun ketika itu sedang berniaga seorang diri, sebelum didatangi tiga lelaki yang bersenjatakan sebilah parang dan sebatang besi.

Beliau berkata suspek dipercayai mengikat tangan serta menutup mulut mangsa menggunakan pita pelekat, sebelum melarikan beberapa barangan berharga milik mangsa.

“Antara barangan yang dilarikan ialah barang kemas yang dipakai mangsa, wang tunai, dua telefon bimbit dan dokumen peribadi, dengan anggaran kerugian puluhan ribu ringgit.

“Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Ab Halim berkata polis kini giat mengesan ketiga-tiga suspek yang dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Iswara berwarna kelabu.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register