BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pekerja Kedai Runcit Cedera Disamun Empat Lelaki Bersenjata Pedang

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80

Pekerja Kedai Runcit Cedera Disamun Empat Lelaki Bersenjata Pedang​

c85b82cb40dbdd40f1c5babebc08bfea6a20e79e5ccaf

Kredit: FB - Penduduk Sungai Petani Kedah

Seorang pekerja kedai runcit cedera dalam kejadian samun membabitkan empat lelaki bersenjata pedang di Kampung Kuala Lesung, Kuala Ketil, di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Baling Supt Brandon Anak Richard Joe berkata polis menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa lelaki berusia 20-an itu pada 9.02 malam, 1 Jun.

"Siasatan mendapati pada 8.45 malam Isnin lepas, mangsa yang merupakan lelaki tempatan didatangi empat suspek lelaki menaiki kereta jenis Perodua Bezza berwarna putih.

"Keempat-empat suspek masing-masing memakai topi keledar, topeng, jaket serta sarung tangan dan salah seorang daripada suspek memegang sebilah pedang," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata suspek yang memegang pedang bertindak melibas senjata itu ke arah mangsa menyebabkan kecederaan ringan pada bahagian belakang badan.

"Mangsa kerugian wang tunai akibat kejadian samun itu dan dia dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Baling. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan ketika melakukan rompakan," katanya.

Brandon berkata polis kini giat mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

 
jenis dtg samun terus libas nie memang jenis puak pendatang dari tanah kerala bangsattt sana..dah tau punya...pastu pihak berkuasa tangkap hidup kasi mkan nasi dlm penjara cukup haul bebas pastu buat lg jenayah...ntah sape pulak jadi mangsa....this is malaysia...klu usa sana penjenayah tak tangkap hidup buat semak lokap penjara kasi terminate terus
 
Back
Top
Log in Register