hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,485
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,485
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Serangan pedang di sekolah Sweden: Seorang maut, tiga cedera
AFP
Stockholm: Seorang maut dan tiga cedera selepas seorang penyerang yang bersenjatakan pedang memasuki sebuah sekolah menengah di bandar Fagersta di tengah Sweden pada Jumaat, kata polis, sambil menambah suspek sudah ditangkap.
Ketua polis tempatan, Tommy Alriksson memberitahu wartawan bahawa seorang ditemukan mati selepas polis memasuki sekolah, kemudian menembak dan menahan penyerang itu.
"Penilaian kecederaan semasa kami ialah terdapat tiga orang yang cedera dan seorang yang meninggal dunia," kata Alriksson kepada wartawan, sambil menambah bahawa dua orang parah dan seorang lagi mengalami kecederaan ringan.
Alriksson berkata, suspek yang ditangkap adalah seorang lelaki berusia 18 tahun. Polis sedang berusaha untuk mengenal pasti motif serangan, tetapi mereka tidak mempunyai sebab untuk mempercayai terdapat ramai pelaku, tambahnya.
"Ia adalah insiden yang sangat serius dan sangat mengejutkan," kata Datuk Bandar Fagersta, Asa-Marta Sjostrom kepada pemberita bersama Alriksson.
Pengarah penjagaan kesihatan serantau, Jonas Cederberg, memberitahu AFP sebelum ini bahawa dua orang yang "parah" dimasukkan ke hospital.
Kedua-duanya adalah budak lelaki berusia antara 12 dan 17 tahun, dan salah seorang daripada mereka sedang menjalani pembedahan kecemasan walaupun kedua-duanya berada dalam keadaan stabil, kata pihak berkuasa penjagaan kesihatan di laman webnya.
Perbandaran Fagersta berkata, dalam satu kenyataan awal petang Jumaat bahawa "seorang penyerang bersenjatakan pedang memasuki Brinellskolan dan mencederakan beberapa orang".
Polis berkata, mereka menerima laporan mengenai serangan itu sejurus selepas 2 petang (1200 GMT).
Pelajar, yang baru pulang dari cuti musim panas mereka, berada dalam perintah berkurung di sekolah dan beberapa sekolah berdekatan lain selama lebih tiga jam sebelum dibenarkan keluar.
Penyiar Sweden, SVT, melaporkan bahawa pelaku mempunyai sabitan serangan sebelum ini dan memakai topi keledar serta membawa pedang – mengingatkan serangan sekolah pada Oktober 2015 di bandar barat Trollhattan di mana seorang pemuda berusia 21 tahun yang bersenjatakan pedang membunuh tiga orang dalam serangan bermotifkan perkauman.
Pada insiden itu, penyerang memakai pakaian hitam, topeng seperti Darth Vader dan topi keledar Perang Dunia II Jerman.
Imej di stesen penyiar awam SVT pada Jumaat menunjukkan beberapa ambulans dan kereta polis diletakkan di luar sekolah berkenaan, serta sebuah helikopter polis kelihatan di situ. Sekolah itu mempunyai kira-kira 450 pelajar, di sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 12,000 penduduk.
Artikel Harian Metro