combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Remaja libas pedang di sekolah, seorang maut
ANGGOTA pasukan khas polis berada di lokasi kejadian di Fagersta, Sweden semalam. – AFP
STOCKHOLM – Seorang terbunuh dan tiga lagi cedera selepas penyerang bersenjatakan pedang memasuki sebuah sekolah tinggi di bandar Fagersta, tengah Sweden semalam, kata polis sambil menambah bahawa suspek telah ditangkap.
Ketua polis tempatan, Tommy Alriksson berkata, seorang mangsa ditemukan meninggal dunia setelah polis memasuki sekolah berkenaan, selepas menembak dan menahan penyerang.
“Terdapat tiga orang yang cedera dan seorang maut,” Alriksson memberitahu wartawan sambil menambah, dua mangsa parah, manakala seorang lagi cedera ringan.
Menurutnya, suspek yang ditangkap merupakan remaja berumur 18 tahun. Polis sedang menyiasat motif kejadian tetapi percaya hanya seorang penyerang terlibat.
“Ini adalah insiden yang sangat serius dan amat mengejutkan,” kata Datuk Bandar Fagersta, Asa-Marta Sjostrom kepada pemberita.
Terdahulu, pengarah kesihatan peringkat wilayah, Jonas Cederberg memberitahu AFP bahawa dua orang yang cedera parah telah dimasukkan ke hospital.
Mereka adalah remaja lelaki berusia antara 12 hingga 17 tahun, dengan seorang menjalani pembedahan kecemasan walaupun kedua-duanya berada dalam keadaan stabil, kata pihak berkuasa kesihatan di laman webnya.
Sekolah itu mempunyai sekitar 450 pelajar, di sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 12,000 penduduk. – AFP
Remaja libas pedang di sekolah, seorang maut
Seorang terbunuh dan tiga lagi cedera selepas penyerang bersenjatakan pedang memasuki sebuah sekolah tinggi di bandar Fagersta, tengah Sweden
www.kosmo.com.my