BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiga Buruh Warga Asing Maut, Seorang Cedera Dipercayai Bergaduh

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80

Tiga Buruh Warga Asing Maut, Seorang Cedera Dipercayai Bergaduh​

2e8ba62d215ee42a953212f255b25b9e63e47b4c9ec4c


Tiga buruh warga asing maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pergaduhan di Taman Linggi, Port Dickson petang semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira 4.15 petang mengenai pergaduhan membabitkan buruh lelaki warga Bangladesh yang merupakan rakan sekerja di sebuah ladang di daerah berkenaan.

"Sejurus menerima maklumat, sepasukan anggota dari Balai Polis Linggi bergegas ke lokasi kejadian dan menahan seorang lelaki rakan senegaranya berusia lingkungan 40-an yang disyaki terbabit.

"Hasil siasatan awal kemudian membawa kepada penemuan dua lagi mayat berusia 40 dan 50-an di kawasan ladang Sua Manggis, Linggi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan, manakala seorang lagi mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di Hospital Rembau.

Alzafny berkata semakan awal mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala motif serta kronologi kejadian masih dalam siasatan.

 
Back
Top
Log in Register