aduan...kalo yg terkena
Tuan,
Kami merujuk emel tuan bertarikh 2 Julai 2010.
Kami ingin memaklumkan bahawa syarikat tersebut tidak mendapat kebenaran daripada Bank Negara Malaysia (Bank) untuk menawarkan produk atau perkhidmatan kewangan kepada orang ramai. Untuk makluman, jika syarikat tersebut menawarkan peluang pelaburan dengan mengutip wang orang ramai dan kutipan atau pelaburan tersebut diberi pulangan mengikut jangkamasa tertentu yang mana pelaburan asal juga boleh diambil semula, ianya mungkin menyalahi seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989. Aktiviti pelaburan seperti yang disebut di atas adalah menyalahi undang-undang. Sekiranya tuan melabur disini, sebarang kerugian adalah ditanggung sendiri. Kami mengesyorkan agar tuan hanya melabur di institusi-institusi kewangan yang berlesen sahaja. Untuk kemudahan tuan mengenal pasti sama ada sesebuah institusi kewangan/syarikat itu berlesen dengan Bank atau sebaliknya, sila rujuk senarai institusi kewangan/syarikat yang diberi lesen oleh Bank di laman web kami seperti di pautan berikut:
www.bnm.gov.my/index.php?ch=17&pg=54&ac=57
Tuan juga boleh mendapatkan maklumat mengenai Amaran Penipuan Kewangan di pautan
www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm sebagai panduan. Sekiranya tuan mempunyai maklumat berkenaan pengambilan deposit secara haram ataupun urusniaga wang asing secara haram, atau mangsa kepada aktiviti atau penipuan tersebut, hantarkan maklumat terperinci atau aduan berserta dokumen-dokumen sokongan ke Unit Penyiasatan Khas kami di alamat berikut:
Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-26987467
E-mel: bnmtelelink@bnm .gov.my
Kami juga ingin memaklumkan bahawa sekiranya syarikat tersebut merupakan sebuah syarikat jualan langsung, ianya adalah di bawah pengawal seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sehubungan itu, tuan adalah dicadangkan supaya mengajukan pertanyaan atau aduan berkaitan syarikat tersebut kepada KPDNKK di alamat berikut :
Ketua Pengarah
Bahagian Penguatkuasa
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
13 Persiaran Perdana
Presint 2
62623 Putrajaya
No Tel: .03-8882 5500
No Faks: 03-8882 5762
Emel:
[email protected]
Sekian, harap maklum.
Bersama-sama ini turut dilampirkan panduan kepada pengguna berkaitan isu-isu kewangan untuk makluman.
Elizabeth
BNMTELELINK
Bank Negara Malaysia
No Tel : 1-300-88-5465
No Faks : 03-21741515
Email : bnmtelelink@bnm .gov.my
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
DISCLAIMER: Any e-mail messages from Bank Negara Malaysia are sent in good faith, but shall not be binding nor construed as constituting any obligation on the part of the Bank.
CONFIDENTIALITY NOTICE: This e-mail contains confidential information, which is intended only for the use of the recipient(s) named above. If you have received this communication in error, please notify the sender immediately via e-mail and return the entire message. Thank you for your assistance.
----Original Message----
From: rh
Sent: 07/02/2010 02:12 PM
To:
[email protected]
Cc:
Subject: Pertanyaan.
Tuan / Puan,
Saya ingin mendapatkan kepastian
1.Adakah StarClub,FRIEND S CLUB serta ONE Team,mendapat kelulusan dari Bank
Negara? baru-baru ini saya ada menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh
Star Club,dimana diakhir majlis tersebut kami telah diberi penerangan
mengenai pelan pemasaran mereka iaitu:
- perlu mendapatkan 5 orang rakan dan rakan perlu mencari 5 orang lagi
(lebih kurang piramid)
- cuma perlu menandatangi borang untuk membuat pinjaman sebanyak rm13500
atau Rm35000 untuk level tertentu
- dan beberapa perkara yang lain.
Apa yang kami inginkan kepastian ialah mereka menyatakan bahawa pelan
pemasaran itu diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia serta Islamic Relief
Fund.
Difahamkan mereka bernaung dibawah Natstar (M) Sdn Bhd AJL931314,tetapi
bila disemak dilaman web KPDNKK, lesen syarikat tersebut telah dibatalkan
pada 14.06.2010
www.kpdnkk.gov.my/ajl/jos_ajllist.php?t=jos_ajl&psearch=natstar&Submit=Search+(*)&psearchtype
=
Jadi disini kami berharap mendapat sedikit penjelasan,seki ranya pelan
tersebut sah disini undang-undang kerana mendapat maklumbalas yang berbeza
di beberapa laman web antaranya:
www.scammeralert.info/
www.mlmscam.net/site/
Send To : bnmtelelink@bnm