Bincang: Pelaburan Emas di The GOLD LABEL Sdn Bhd

CG Sponsors




shamkaya87

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2008
Messages
2,961
Reaction score
9
Points
25
kalau boleh se elok2nya delete je thread ni..
pada yg nak tahu boleh PM saya untuk detail atau jumpa ngan kawan2 yg dah di lantik sebagai agen oleh company..
tq..:):)
 
Sponsored Post

SIRAHUTARA

Fun Poster
Joined
Jul 4, 2009
Messages
101
Reaction score
0
Points
10
waa, best2, kalu nk beli 10g dpt diskaun tak? camne nk beli ekk?
 

cdan

Active+ Member
Joined
Aug 8, 2006
Messages
4,382
Reaction score
367
Points
41
yup..mcm tu la kiraan..
setiap kali beli dapat 2.5% tu.bukan nye sekali beli dapat tiap2 bulan..

mcm saya terangkan sebelum ni..
company trading.
company hanya buat urusan jual beli sahaja..bukan skim2 mcm di war2 kan..
ooo... begitu, pembelian emas 100g diskaun 2.5%...
ikut harga fgjam RM146/g x 100g = RM14,600
diskaun 2.5% x RM14,600 = RM365
tolak diskaun RM14,600 - RM365 = RM14,235

bandingkan dgn 100g PG RM13,511 @ 8.32pm (18/01/2010)
 

ebizz

Fun Poster
Joined
Nov 17, 2007
Messages
898
Reaction score
30
Points
20
ooo... begitu, pembelian emas 100g diskaun 2.5%...
ikut harga fgjam RM146/g x 100g = RM14,600
diskaun 2.5% x RM14,600 = RM365
tolak diskaun RM14,600 - RM365 = RM14,235

bandingkan dgn 100g PG RM13,511 @ 8.32pm (18/01/2010)
salam

saya pun nak buat jugak program cam nih dgn emas perhiasan 916. Jual ngan harga FGJAM dan beri diskaun 2.5%. Memang untung sakan tu...

Hari ni, harga fgjam 916 adalah rm138. tolak diskaun 2.5% = rm134.55/gm... tapi ambo jual hanyalah rm118/gm.....tp usegold lah....hahahhaaa..

Dah nampak trick kat atas tu...tapi sekiranya ada sesiapa berminat hendak membeli rantai tangan baru dgn harga rm138/gm tolak diskaun 2.5%, dipersilakan untuk berurusniaga dgn ambo. Ada dalam 100 gm jah...

emas:)paidemas:)paidemas:)paid

hanya ravi yg mengenal manikan...:-?
 
Last edited:

cdan

Active+ Member
Joined
Aug 8, 2006
Messages
4,382
Reaction score
367
Points
41
salam

saya pun nak buat jugak program cam nih dgn emas perhiasan 916. Jual ngan harga FGJAM dan beri diskaun 2.5%. Memang untung sakan tu...

emas:)paidemas:)paidemas:)paid

hanya ravi yg mengenal manikan...:-?
emas perhiasan sememangnya ikut harga fgjam (kedai emas)...
ditambah lagi dgn kos upah...

kalau bro jual dgn harga fgjam tanpa upah pun dah ok...
kalau ada diskaun, lagi cun.....
semoga berjaya saudagar emas.... :))
 

mohdtarmizie

Active+ Member
Joined
Jun 26, 2007
Messages
2,769
Reaction score
7
Points
25
kalau boleh se elok2nya delete je thread ni..
pada yg nak tahu boleh PM saya untuk detail atau jumpa ngan kawan2 yg dah di lantik sebagai agen oleh company..
tq..:):)
sori..tapi aku masih sangsi dengan pelaburan emas dari kompeni nih...info yg aku dpt... #:-S

- buyer beli emas dari kompeni ni dan dpt 2.5% rebet
- buyer dpt emas dan kontrak
- selagi buyer simpan emas dan kontrak tu..buyer dpt 2.5% return setiap bulan
- tuk bulan2 mendatang...buyer kena show physical emas tu dan renew kontrak dan bayar differences in price if any dan eligible to get 2.5% return for the month...

ade yg nak tambah? :-?
 

logammaut

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
9,221
Reaction score
225
Points
73
Dah agak dah...


Source


Bank Negara siasat The Gold Label


2010/05/07
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjalankan penyiasatan terhadap The Gold Label Sdn Bhd kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen dan aktiviti pengubahan wang haram.

Syarikat itu disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).
"Serbuan ke atas The Gold Label telah dijalankan semalam di premis tersebut di Northpoint Offices, Tower A, Mid Valley City, Kuala Lumpur, berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai.
"Sejumlah aset dan dokumen syarikat yang berkenaan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan," menurut kenyataan itu.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan mengelak daripada mendepositkan wang mereka dengan syarikat yang tidak diberikan lesen oleh BNM.

Senarai institusi berlesen yang dibenarkan mengambil deposit boleh didapati di laman web BNM (www.bnm.gov.my).

Orang ramai juga diingatkan supaya berwaspada dengan pelaburan dalam skim cepat kaya untuk mengelak daripada kehilangan wang simpanan dan wang tunai mereka kepada pihak yang menipu.
Maklumat lanjut berhubung skim kewangan haram boleh didapati di laman web Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my. - Bernama
 

saiful ismail

Freshie
Joined
Feb 20, 2012
Messages
5
Reaction score
0
Points
3
Tuntut wang anda

ASSALAMUALAIKUM SALAM PERSAHABATAN,MAKLUMAN PADA SEMUA AHLI The Gold Label Sdn Bhd.Anda masih tercari-cari peguam untuk menuntut semula duit pelaburan anda?Tarikh akhir saya menerima permohonan anda ialah pada 14 March 2012,sekiranya anda berminat, Hubungi En.Saiful Ismail 019-3699133
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,425
Reaction score
20,860
Points
1,661
2 tauke The Gold Label dipenjara, denda RM1 juta



KUALA LUMPUR – Dua bekas pengarah syarikat pelaburan emas masing-masing dijatuhi hukuman penjara 10 dan lapan bulan serta denda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan menerima deposit lebih RM400 juta tanpa lesen lapan tahun lalu.

Hakim Datuk Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman itu terhadap How Soo Feng, 43, dan rakannya, Liew Choon Khee, 38, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah ke atas kedua-dua sahabat itu.

Dalam penghakimannya, Norsharidah berkata, mahkamah mendapati sepanjang perbicaraan, pihak pembelaan tidak menafikan mengenai penglibatan mereka dengan syarikat pelaburan emas yang disertai.

“Berikutan itu mahkamah mensabitkan kedua-dua tertuduh terhadap dua pertuduhan mengutip deposit secara tidak sah,” katanya.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Soo Feng didakwa sebagai pengarah syarikat The Gold Label Sdn. Bhd. menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen melalui satu skim yang melibatkan transaksi emas.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 22 April 2009 dan 6 Mei 2010.

Choon Khee pula didakwa atas dua pertuduhan membantu urusan melancarkan skim mengutip deposit melibatkan transaksi emas pada tarikh dan masa sama dengan Soo Feng.

Soo Feng dan Choon Khee didakwa melakukan kesemua kesalahan tersebut di sebuah pejabat di bangunan Northpoint City di Bangsar.


http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0801&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz4oS6L2o8Z
 
Last edited:

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
151,425
Reaction score
20,860
Points
1,661
google2 xbyk info jumpa. gambar2 lgla xde. dh kena padam sume ni
 
Sponsored Post
Top
Log in Register