kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Kronologi RCI TH: Jamil Khir Antara Lima Individu Didakwa Sejak Laporan Didedah
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini, atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan wang RM860,308,770.51 atau SAR766,060,237 (Riyal Saudi) milik institusi itu kepada syarikat pemaju hartanah dan pengurusan projek berpangkalan di Arab Saudi Al-Rawda Real Estate Development And Projects Management Co Ltd (Al-Rawda).
Tindakan undang-undang susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kepada umum berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) menyaksikan seorang bekas menteri diheret ke mahkamah hari ini.
Dalam tempoh beberapa minggu, perkembangan siasatan menyaksikan sejumlah individu dipanggil untuk memberi keterangan, ditahan bagi membantu siasatan dan seterusnya seramai lima orang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan berkaitan.
Pada prosiding bermula 8.45 pagi ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan membabitkan wang TH berjumlah RM860,308,770.51.
Selain Jamil Khir, mereka yang didakwa ialah bekas Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Pengurus Keselamatan dan Kesihatan THP Bina Sdn Bhd Nasahruddin Ahmad serta bekas Timbalan Pengurus Besar TH Properties Sdn Bhd Tengku Kamarolhisham Tengku Kamaruddin, yang juga bekas Timbalan Pengurus Besar THP Bina Sdn Bhd.
Turut didakwa Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd Datuk Azmi Ahmad.
Berikut ialah kronologi RCI TH:
22 Julai 2026: