BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

KPE Bernama Ziarah, Serah Sumbangan Kepada Balu Allahyarham Muhamad RazaliÂ

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141
ded915acf5510e970ca7f19397f329ed69f87855c4766

9c08fe2c3f95a7ddb96e42e3b4340e6169f8788a357d5

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin menziarahi balu Allahyarham Muhamad Razali Nordin, Ratnawaty Abdul Hai di rumahnya di Taman Sukma, Petra Jaya, hari ini.
Allahyarham Razali meninggal dunia baru-baru ini akibat penyakit kronik termasuk masalah jantung, hati serta buah pinggang.
-- fotoBERNAMA (2026) HAKCIPTA TERPELIHARA


Ketua Pegawai Eksekutif  (KPE) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin menzahirkan komitmen agensi berita itu dalam membantu keluarga Allahyarham Muhamad Razali Nordin.

Beliau yang ditemui ketika menyantuni balu jurugambar Bernama Biro Sarawak, Ratnawaty Abdul Hai di kediamannya di Taman Sukma, Petra Jaya hari ini berkata antara perkara yang dilaksanakan seperti menyediakan pelbagai bentuk sokongan kebajikan dan mempercepat urusan berkaitan.

“Selain menyampaikan ucapan takziah, kami turut menyampaikan insurans hayat berkelompok, bayaran gantian cuti rehat (GCR) dan juga perkhidmatan kepada arwah.

“Pada masa sama juga memaklumkan kepada Ratna tentang urusan Bernama untuk mempercepat pembayaran pencen untuk Ratna (balu), “ katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.

Muhamad Razali meninggal dunia pada usia 54 tahun di Hospital Umum Sarawak (HUS), 26 April lepas.

Hadir sama Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Ketua Khidmat Pengurusan dan Kewangan Bernama Sharifah Zaini Syed Zain, Ketua Jabatan Komersial Bernama Mastura Hassan dan Pengurus Pemasaran Foto Fariz Rizal Mardzri.

Sementara itu, Nur-ul Afida turut berkongsi mengenai keperibadian Muhamad Razali yang disifatkan sebagai seorang pekerja yang berdedikasi tinggi selain amat disenangi ramai.

“Seperti saya katakan sebelum ini, arwah Razali seorang petugas yang sangat berdedikasi. Saya kenal dia daripada bujang hingga dah berumahtangga. Pemergiannya amat mengejutkan kami semua,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihak pengurusan BERNAMA turut berharap agar Ratnawaty dan keluarga diberi kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.

 
Back
Top
Log in Register