BTC USD 62,722.1 Gold USD 4,312.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongres AMK tegang

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersedia menawarkan khidmat nasihat secara PERCUMA kepada Angkatan Muda Keadilan sayap pemuda PKR bagaimana nak mengendalikan Mesyuarat Agong atau Kongres tanpa perlu wujud kekecohan dan perbalahan hingga ada yang berdarah dan berjahit kepala

 
Najib Razak

· 42 min ·



Apa yang perlu diulas?

Itu dah kebiasaan untuk mereka sejak bertahun-tahun dahulu.

Kali ini dorang tak baling kerusi sudah kira OK.

Kalau tak gaduh, baru kena ulas.


79116428_10156555385305952_9155599772206235648_n.png


 
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersedia menawarkan khidmat nasihat secara PERCUMA kepada Angkatan Muda Keadilan sayap pemuda PKR bagaimana nak mengendalikan Mesyuarat Agong atau Kongres tanpa perlu wujud kekecohan dan perbalahan hingga ada yang berdarah dan berjahit kepala



amek lagi budak2 baru nak up masuk politik.

next time ada AMK letak je gelanggang tinju ke muay thai, jujitsu, gusti lantai,

tak pun lawan pelempang AMK sapa paling padu

sampai lebam mata, tak lebam mata bukan ahli PKR kikiki.
 
Malaysia Gazette
1 jam ·
LENSA MG | TRAGEDI “Kongres AMK atau Perlawanan MMA?”
https://malaysiagazette.com/…/lensa-mg-tragedi-kongres-amk…/



LENSA MG | TRAGEDI “Kongres AMK atau Perlawanan MMA?”
By
Lensa MalaysiaGazette
-
6 December 2019
MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_17

Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019
MGF06122019_PERSIDANGAN-AMK-KONGRES-KEADILAN_29-1

Seorang penyokong Keadilan kelihatan cedera selepas dibaling batu pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 06 DISEMBER 2019
MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_20

Seorang perwakilan cedera ketika kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019
MGF06122019_PERSIDANGAN-AMK-KONGRES-KEADILAN_27

Suasana tengang di luar dewan antara penyokong Keadilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 06 DISEMBER 2019
MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_16

Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019
MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_14

Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019
MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_15

Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019
MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_13

Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019
MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_19

Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019
MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_11

Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019
MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_12

Kelihatan kekecohan berlaku antara perwakilan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019
MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_06

Suasana tegang antara perwakilan dan pemerhati pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019
MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_05

Suasana tegang antara perwakilan dan pemerhati pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019
MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_03-1

Suasana tegang antara perwakilan dan pemerhati pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019
MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_02

Bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Mohd Noor bertikam lidah dengan petugas keselamatan pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019

 
83dc2fdc5f2aa5f566dc151846f7cd2d.jpg=s660


Pemuda baju hitam dakwa dijanjikan bayaran untuk hadir kongres

Diterbitkan Hari ini 4:50 petang | Dikemaskini Hari ini 4:57 petang

KONGRES PKR | Dua pemuda daripada kumpulan berbaju hitam yang ditemui di Kongres Pemuda PKR (AMK) memberitahu Malaysiakini bahawa mereka dijanjikan bayaran untuk hadir ke acara itu di Melaka.

Bagaimanapun mereka tidak menyatakan secara terperinci berkenaan pihak yang menjanjikan perkara itu.

Danial Iskandar, 21, berkata dia ke Melaka dengan menaiki bas dari Perak bersama kumpulan yang diketuai seorang individu dikenali sebagai "Abang Merul".

"Abang Merul (yang bawa). Sebab nak tengok reformasi, dia cakap ada reformasi... Dia cakap ada kerja (di Melaka)," katanya ketika ditanya Malaysiakini.

Ketika ditanya sama ada dia akan mendapat bayaran, Danial berkata mungkin akan menerimanya selepas acara itu berakhir.

"Dia kata (acara berlangsung) tiga hari kalau tak silap," katanya lagi.



45a1429fb8980db6fc2d841c6ce8124e.jpg
Danial Iskandar


Mengakui dia tidak memiliki pas untuk menyertai kongres PKR, Danial bagaimanapun dilihat tidak risau akan perkara itu, dengan berkata ia diuruskan oleh pihak yang membawanya.

Terdahulu, kira-kira 200 orang - kebanyakannya lelaki berpakaian hitam dengan logo PKR - dilihat memenuhi bahagian belakang dewan ketika kongres AMK sedang berlangsung.

Kawasan itu ditutup daripada dimasuki hadirin yang lain.



9e526744aa7034d22a52013444bbbc13.jpg



Sejumlah daripada mereka turut dilihat terlibat dalam pergaduhan dengan kumpulan yang memakai baju korporat PKR berwarna biru muda, di dalam bangunan Melaka International Trade Centre (MITC) - tempat kongres berlangsung - dan juga di luar.



Baca: Kongres AMK dicemari pergaduhan



Kumpulan berbaju hitam itu dikatakan hadir sebagai pemerhati.





Antara punca pegaduhan adalah apabila beberapa perwakilan mendakwa tidak dibenarkan masuk sedangkan pemuda berbaju hitam yang tidak memiliki pas dikatakan dibenarkan masuk.

Beberapa pemuda berbaju hitam yang ditemu bual Malaysiakini tidak jelas dengan tujuan mereka menyertai perhimpunan berkenaan.

Seorang lagi pemuda yang ditemui, Syami Isyak, 21, memberitahu Malaysiakini bahawa dia bukan perwakilan mahupun anggota AMK tetapi hadir kerana "diberi kerja" untuk duduk di dalam dewan.

"Hari ini datang sebab ada 'job'. Mereka bagi 'job', kita datanglah. Mereka kata duduk saja (di dewan tempat berlangsungnya kongres AMK).

"Duduk saja, sebab itu saya tak campur (ketika pergaduhan berlaku)," katanya ketika ditemui di luar dewan itu.



74a9d0af4cf6b686f0a0457fc777028d.jpg

Syami Isyak


Seperti Danial, Syami juga bertolak dari Kuala Lumpur awal pagi ini tetapi berkata tidak tahu pihak yang mengupah mereka untuk ke Melaka.

"Mereka tak beriahu (jumlah bayaran) tapi saya terima (kerja) sebab mereka kata dapat duit," katanya lagi, yang berkata dia hanya perlu hadir ke kongres pada hari ini sahaja.

Berdasarkan perbualan rawak dengan sejumlah belia, mereka berkata datang daripada Johor Bahru, Rembau dan Port Dickson.

'Perwakilan tak dibayar'

Sementara itu, anggota AMK Kuala Langat yang menjadi perwakilan, Syamsul Syariyan Mohd Samsuddin memberitahu Malaysiakini bahawa kehadirannya ke kongres adalah secara sukarela dan tidak dibayar.

Turut memakai baju hitam dan dilihat duduk di bahagian belakang dewan, Syamsul berkata dia dan sejumlah 200 lagi dari PKR Kuala Langat dibawa oleh ketua AMK cabang itu, Mohd Shah Rezza Mohd Tuniman.



6d08c478939d58743b89c9c174d8e89d.jpg


Syamsul Syariyan


"(Bagaimanapun) makan minum dan kemudahan lain semau ditanggung. Semua ada jaga," katanya.

Ketika sidang media selepas sesi pagi kongres AMK, ketuanya Akmal Nasrullah nasir berkata dia tidak tahu berkenaan kumpulan berbaju hitam tersebut, ataupun sama ada mereka adalah perwakilan bagi kongres kali ini.

"Saya perlu periksa (status kumpulan tersebut). Saya tidak tahu kerana duduk (di bahagian depan) sejak awal," katanya.

Presiden PKR Anwar Ibrahim pula menyifatkan pihak yang menimbulkan kekecohan itu sebagai tidak beradab dan meminta lembaga disiplin parti untuk memecat pihak yang bertanggungjawab, selain memohon kerjasama polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

 
6d85178e97c663053f60a5091e18be96.jpg=s660


Hilman tuntut kongres AMK dibatalkan

Diterbitkan Hari ini 4:57 petang | Dikemaskini Hari ini 6:15 petang

Susulan daripada insiden kekasaran ketika Kongres Nasional Tahunan AMK, Timbalan Ketuanya, Hilman Idham menuntut supaya kongres tersebut dibatalkan dan diadakan semula.

Menurut Hilman, beliau musykil bagaimana perwakilan dan pimpinan dengan keahlian yang sah tidak dibenarkan masuk.

Sedangkan, katanya, sekumpulan anak muda berbaju hitam yang belum pasti kesahihan keanggotaan dibenarkan masuk ke kongres yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, Melaka.


"Kepimpinan AMK akan buat laporan polis dan laporan kepada setiausaha agung (Saifuddin Nasution) dan ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) untuk gesa dan tuntut kongres AMK 2019 dibatalkan dan diadakan semula.

"Beberapa laporan polis dah dibuat. Mizan dan Ramly (bekas pengerusi dan timbalan pengerusi tetap) dah buat (laporan polis), beberapa anggota perwakilan dah buat laporan polis.

"Selepas ini beberapa exco AMK yang dikasari kita putuskan akan buat laporan polis.

"Setelah lengkap kita akan teliti dan kumpulkan laporan supaya laporan lengkap kita serahkan kepada setiausaha agung parti dan ROS," katanya pada satu sidang media berasingan dari kongres tersebut, iaitu di D'Village Resort hari ini.

Situasi tegang timbul sejak pukul lapan pagi lagi di hadapan pintu masuk dewan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Beberapa perwakilan mendakwa tidak dibenarkan masuk sedangkan pemuda berbaju hitam dikatakan hadir sebagai pemerhati dibenarkan masuk.

Kekecohan pagi itu turut melibatkan melibatkan bekas pengerusi tetap kongres Mizan Adli Mohd Noor yang tidak dibenarkan masuk dewan.

Pergaduhan yang tercetus itu melibatkan kumpulan pemuda berbaju hitam dengan anggota parti yang memakai baju korporat berwarna biru muda.

Tiada isu Mizan tak dibenarkan masuk

Apabila diminta mengulas mengenai kenyataan ketua skuad PKR, Gary Marimuthu yang mendakwa insiden kekecohan itu tercetus kerana Hilman cuba membawa masuk Mizan ke kongres.

Namun, Hilman menepis dakwaan itu dan menjelaskan isu pelucutan jawatan Mizan sebenarnya telah dibangkitkan dalam pertemuan antara Presiden Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Azmin Ali tempoh hari.

"Kalau mahu diganti mesti dalam kongres. Antara perbincangan Anwar dan Azmin dipersetujui pengerusi tetap memulakan kongres.

"Peraturan tetap kongres AMK tak boleh dimulakan tanpa pengerusi tetap dan timbalan. Tanpa mereka kongres tak boleh dimulakan.

"Sepatutnya Mizan ambil alih dahulu. Sebaik sahaja ambil alih Mizan dan Ramly akan letak jawatan bagi proses pemilihan baru," katanya.

 
551856c27feebbc4440b18b6bcbfe925.jpg=s660

168eb1ab956e7d48c5ce396bde5ec151.jpg=s660


‘Majoriti pimpinan AMK tak hadir kongres petang ini’
Yasmin Ramlan
Diterbitkan Hari ini 5:12 petang | Dikemaskini Hari ini 6:10 petang


Seramai 20 daripada 25 ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Pemuda PKR (AMK) mengambil keputusan tidak hadir ke sesi petang kongres nasional tahunan pergerakan itu di Melaka hari ini.

Timbalan Ketua AMK Muhammad Hilman Idham bagaimanapun menafikan tindakan itu sebagai boikot, sebaliknya dibuat dengan mengambil kira faktor keselamatan.

Ini susulan insiden pagi tadi sehingga menyebabkan kecederaan terhadap beberapa perwakilan dan pimpinan yang hadir.

"Setakat ini pendirian kita, bukan boikot, atas dasar keselamatan, kejadian yang berlaku ramai di kalangan perwakilan cedera, ada salah seorang ada di Hospital Melaka kerana dibaling batu, kita ambil keputusan atas dasar keselamatan tak hadir petang ini.

"Esok harap ada jaminan daripada ibu pejabat untuk seluruh pimpinan, perwakilan dan pemerhati AMK dari seluruh negara untuk hadir ke kongres.

"Kita tak mahu hadir, tak dibenarkan masuk, dipukul dan tidak diraikan," katanya pada sidang media berasingan dari kongres tersebut, iaitu di D'Village Resort hari ini.

Jelasnya, beliau menuntut supaya Syukri Razab selaku sekretariat penganjur bagi skuad keselamatan kongres bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

Situasi tegang timbul sejak pukul lapan pagi lagi di hadapan pintu masuk dewan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Beberapa perwakilan mendakwa tidak dibenarkan masuk sedangkan pemuda berbaju hitam dikatakan hadir sebagai pemerhati dibenarkan masuk.

Kekecohan pagi itu turut melibatkan melibatkan bekas pengerusi tetap kongres Mizan Adli Mohd Noor tidak dibenarkan masuk dewan.

Pergaduhan yang tercetus itu melibatkan kumpulan pemuda berbaju hitam dengan anggota parti yang memakai baju korporat berwarna biru muda.

"Ada juga perwakilan yang menemui saya mereka tak dibenarkan masuk kerana tak pakai baju Melayu. Bagi saya ini alasan remeh.

"Ibu pejabat dah panggil pasukan Rela. Tapi tak tahu kenapa anggota skuad kita tak kenal pasti dari mana datangnya mereka tentukan ikut suka mereka siapa yang dibenarkan masuk," katanya.

 
Back
Top
Log in Register