BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongres AMK tegang

IMG-20191206-WA0048.jpg

Apa apa lah...kikiki
 
Hilman sudah jadi buah catur,.....maju atau mati kerier politik dia kt tngk... .
 
camtu rupanya mahacai2 yang tinggal..

semua nak jawatan dan duit..

patutlaa ada yang tahan dikencing..

dalam cg ni pon ada kot dalam kongresssss tu..
 
Kecoh di kongres AMK : ' Sabotaj terancang'

Kepimpinan AMK akan buat laporan polis dan laporan kepada setiausaha agung (Saifuddin Nasution) dan ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) untuk gesa dan tuntut kongres AMK 2019 dibatalkan dan diadakan semula, kata Timbalan Ketuanya, Hilman Idham

"Beberapa laporan polis dah dibuat. Mizan dan Ramly (bekas pengerusi dan timbalan pengerusi tetap) dah buat (laporan polis), beberapa anggota perwakilan dah buat laporan polis.

"Selepas ini beberapa exco AMK yang dikasari kita putuskan akan buat laporan polis.

"Setelah lengkap kita akan teliti dan kumpulkan laporan supaya laporan lengkap kita serahkan kepada setiausaha agung parti dan ROS," katanya pada satu sidang media berasingan dari kongres tersebut, iaitu di D'Village Resort hari ini.

Situasi tegang timbul sejak pukul lapan pagi lagi di hadapan pintu masuk dewan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Beberapa perwakilan mendakwa tidak dibenarkan masuk sedangkan pemuda berbaju hitam dikatakan hadir sebagai pemerhati dibenarkan masuk.




Mungkin jugak dirancang dari awal
 
Biasanya org yg kentut busuk tu la yg semangat dan terawal ckp, woi siapa kentut ni baik ngaku.
Dalam kes "tegang" ni mcm dh nampak siapa orgnya.
 
Back
Top
Log in Register