BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Rombakan Pengarah Pilihan Raya PKR Langkah Strategik - AMK

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141

Rombakan Pengarah Pilihan Raya PKR Langkah Strategik - AMK​

25474526f153899bb0eeb9ceb15e73416a1aac802a930


Pertukaran jawatan Pengarah Pilihan Raya PKR adalah sebahagian daripada rombakan strategik bagi memperkukuh jentera parti menjelang pilihan raya akan datang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Muhammad Kamil Abdul Munim berkata sebarang perubahan portfolio dalam parti politik mahupun kerajaan adalah amalan biasa yang dibuat mengikut keperluan semasa.

Beliau berkata rombakan tugas dalam organisasi parti tidak seharusnya ditafsirkan sebagai mencerminkan kelemahan mana-mana pemimpin termasuk Nurul Izzah Anwar yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden PKR.

“Tidak timbul soal beliau tidak layak atau tidak berkemampuan kerana beliau pernah menjadi Pengarah Pilihan Raya sebelum ini termasuk pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan ketika itu, parti berjaya membentuk kerajaan.

“Ini hanyalah sedikit rombakan strategik yang dilakukan bagi memastikan gerak kerja pilihan raya dapat dijalankan dengan lebih baik dan berkesan,” katanya kepada pemberita di Karnival Belia MADANI Padang Rengas di sini hari ini.

Mengulas pelantikan Naib Presiden PKR Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Pengarah Pilihan Raya parti berkenaan bersama dengan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Muhammad Kamil berkata pemimpin itu berpengalaman luas dalam menguruskan operasi dan organisasi pilihan raya.

“Sebelum ini, beliau bergerak sebagai Pengarah Operasi Pilihan Raya, jadi beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang diperlukan... saya yakin beliau mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dengan baik,” katanya.

Sementara itu, mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemungkinan langkah penjimatan dalam Belanjawan 2027 susulan ketidaktentuan ekonomi global, beliau menyifatkan ia sebagai pendekatan yang bertanggungjawab.

“Mana-mana pemimpin yang bertanggungjawab akan melihat semula kedudukan ekonomi negara dan menyusun perbelanjaan mengikut keperluan semasa... walaupun langkah itu mungkin dilihat tidak popular, ia penting bagi memastikan kelangsungan ekonomi negara pada masa hadapan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register