BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar beri Amirudin mandat penuh tentu strategi pilihan raya PKR

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Anwar beri Amirudin mandat penuh tentu strategi pilihan raya PKR​

141755d7-57d7-441b-a67c-db6e5ecba174-3-Anwar-Ibrahim-150826.jpg

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata Penasihat Kanan Politiknya Tengku Zafrul Aziz akan membantu dari segi penyelarasan bagi pihaknya dan sekretariat.

Tegasnya, parti itu tidak boleh lagi mempunyai sistem alternatif atau saluran arahan berbeza dalam menguruskan jentera pilihan raya, sebaliknya perlu bergerak menerusi satu sistem dan kepimpinan jelas.

Jelasnya, penyelarasan dari pejabat presiden pula akan dibantu Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Aziz yang juga ahli biro politik PKR.

“Backupnya di pejabat saya untuk memastikan ada penyelarasan yang sangat baik, saya beri mandat penuh kepada Tengku Zafrul untuk menyelaraskan di pihak saya dan sekretariat,” katanya pada penggulungan Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka.

Menurutnya, keputusan itu dibuat bagi memastikan kekuatan parti dapat digembleng secara tersusun, selain memberi ruang kepada barisan kepimpinan baharu memainkan peranan dalam menghadapi pilihan raya.

Nurul Izzah

Anwar turut menyentuh kedudukan anaknya, Nurul Izzah yang tidak lagi menjalankan tugas sebagai timbalan presiden PKR buat sementara waktu.

“Bagi Nurul Izzah, ini pidato terakhir beliau selaku timbalan presiden untuk kali ini. Tahun depan saya tidak tahu.

“Kalau dia nukilkan fahaman Marcus Aurelius, maka selamat Nurul Izzah. Maknanya, dia hanya cuti sementara dan kita akan rangkul semula.”

Beliau turut mengumumkan Naib Presiden PKR, Saifuddin Nasution Ismail akan menjalankan tugas timbalan presiden secara sementara bagi mengisi kekosongan itu.
 
Back
Top
Log in Register