BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongres AMK tegang

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
[VIDEO] Kongres AMK tegang, ada perwakilan tidak dibenar masuk
By
Muhammad Azizul Osman
-
6 December 2019



AYER KEROH – Sesi pagi hari kedua Kongres Nasional Pemuda PKR hari ini tegang apabila sejumlah perwakilan tidak dibenarkan memasuki dewan persidangan.

Drama tolak menolak di pintu masuk dewan tercetus sewaktu ucapan dasar Ketua AMK, Akmal Nasrullah Nasir.

Difahamkan, penutupan itu berpunca kerana penganjur menyemak tag perwakilan yang cuba memasuki kawasan persidangan.

Ia mengakibatkan perwakilan tidak berpuas hati dengan tindakan itu walaupun memiliki tag perwakilan yang sah.

Keadaan sesak di luar dewan menyebabkan ada kalangan perwakilan yang menjerit supaya pintuk dibuka. – MalaysiaGazette

 
Akmal guna budaya gangster? Soal pengerusi tetap AMK yang dipecat
By
Muhammad Azizul Osman
-
6 December 2019

MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_07

Bekas Ketua AMK, Mizan Adli Mohd Nor bercakap kepada media pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019

AYER KEROH – Pengerusi Tetap AMK yang dipecat, Mizan Adli Md Noor mendakwa Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggunakan kekerasan ketika menghalang beliau daripada memasuki dewan persidangan Kongres AMK hari ini.

Beliau juga mendakwa kongres yang dijalankan hari ini tidak sah kerana tidak dipengerusikan oleh beliau selalu Pengerusi Tetap.

“Adakah Akmal guna gangster? Kami tidak buat apa. Sebarang keputusan berhubung jawatan seharusnya ditamatkan dalam kongres tapi saya tidak dibenarkan masuk.

“Saya anggap kongres ini tidak sah kerana pelantikan yang berlaku tanpa ada saya didalam.

“Jika nak tukar Pengerusi Tetap sekalipun, mesti dalam kongres. Kami dilantik dalam kongres, saya bukan yang menang bertanding, saya sebahagian daripada kongres,” katanya di luar dewan persidangan Kongres AMK, hari ini.

Akmal Nasrullah Nasir merupakan Ketua AMK.




Mizan sebelum ini tidak dibenarkan memasuki dewan untuk mempengerusikan Kongres AMK yang berlangsung pagi tadi.

BACA: Mizan dibawa keluar dewan selepas gagal duduk di kerusi pengerusi tetap AMK

Ekoran itu, timbul kekecohan dan aksi tolak menolak daripada para perwakilan yang bersama Mizan.

MGF06122019_Kongres-AMK-Keadilan-2019_03

Suasana tegang antara perwakilan dan pemerhati pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto IQBAL BASRI, 06 DISEMBER 2019

Mizan berkata, pemecatan beliau sebagai pengerusi tetap perlu dilakukan di dalam kongres yang berlangsung hari ini dan bukannya beberapa hari sebelum kongres.

“Kongres yang berlaku sekarang tidak sah kerana berlangsung tanpa pengerusi dan timbalan pengerusi tetap.

“Mereka melantik pengerusi baru tanpa benarkan saya masuk ke dalam.

“Susulan kejadian ini, ROS boleh lihat dan mungkin terbabit PKR sendiri,” katanya lagi.

BACA: [VIDEO] Kongres AMK tegang, ada perwakilan tidak dibenar masuk

Mizan dalam pada itu berkata, beliau akan membuat satu laporan polis berhubung penafian hak beliau untuk memasuki kongres.

Beliau turut mendakwa mengalami kecederaan akibat daripada insiden tolak menolak. -MalaysiaGazette


 
[VIDEO] Saya dilakukan seperti binatang, inikah Kongres Keadilan? – Mizan
By
Mohd Zulfadli Che Aziz
-
6 December 2019



AYER KEROH – Pengerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mizan Adli Md Noor mendakwa sayap PK R itu menggunakan kekerasan ketika menghalang beliau daripada memasuki dewan persidangan Kongres AMK, hari ini.

Beliau juga menyifatkan dilakukan seperti binatang sambil mempersoalkan adakah itu budaya PKR. – MalaysiaGazette



 
97ef6ff06556d0272fcf157e292f8d33.jpg=s660


Kongres AMK dicemari pergaduhan
Yasmin Ramlan, Syazwana Amir & Naimmullah Jaya
Diterbitkan Hari ini 1:42 tengahari | Dikemaskini Hari ini 2:54 tengahari


Kongres Nasional Tahunan Pemuda PKR (AMK) di Melaka hari ini dicemari dengan pergaduhan antara perwakilan parti yang hadir dengan pemuda berbaju hitam yang dikatakan hadir sebagai "pemerhati".

Situasi tegang timbul sejak pukul lapan pagi lagi di hadapan pintu masuk dewan.

Beberapa perwakilan mendakwa tidak dibenarkan masuk sedangkan pemuda berbaju hitam yang tidak memiliki pas dikatakan dibenarkan masuk.

Sekitar tengah hari, pergaduhan tercetus sekali lagi di dalam bangunan MITC, tempat kongres berlangsung, sebelum melarat ke luar dewan.

Iklan


Seorang anggota PKR berbaju seragam parti berwarna biru muda dilihat berdarah di hidung. Ada yang mendakwa kecederaan itu akibat ditumbuk, sementara dakwaan lain berkata ia akibat batu yang dilempar.



57e422027f7ee6083bcfdda3fd90ae10.jpg



Untuk rekod, dalam perhimpunan sesebuah parti, perwakilan perlu membawa pas kerana mereka akan terlibat dengan atur acara rasmi seperti pengundian sesuatu usul.

Sementara pemerhati, biasanya tidak perlu membawa pas kerana sekadar hadir untuk memerhati.

Beberapa pemuda berbaju hitam yang ditemu bual Malaysiakini tidak jelas dengan tujuan mereka menyertai perhimpunan berkenaan.

Salah seorang daripada mereka memaklumkan bahawa mereka datang dengan bas.

Ditanya tentang tujuan kehadirannya, Danial Iskandar, 21, sekadar berkata bahawa dia dimaklumkan ada program 'reformasi'.

Danial juga percaya dia akan dibayar selepas kongres tiga hari itu selesai.

Ketua AMK, Akmal Nasir yang bercakap pada sidang akhbar ketika pergaduhan itu terjadi berkata dia akan meneliti perkara itu dan tindakan akan diambil tanpa mengambil kira kem yang terlibat.

Ketua polis Melaka Mat Kasim Karim memberitahu Malaysiakini bahawa mereka mempunyai pegawai di sekitar kawasan itu, termasuk pasukan antirusuhan yang ditempatkan di sebuah balai polis berhampiran.

Selepas solat Jumaat, pasukan antirusuhan berkenaan dilihat di kawasan berhampiran MITC.

"Kami ada pegawai termasuk yang tidak berpakaian seragam memantau keadaan," katanya.

Polis juga memaklumkan bahawa jawatankuasa penganjur kongres telah bersetuju sebelum ini untuk bertanggungjawab berhubung keselamatan di dalam tempat kongres berlangsung.




 


Violence Escalates At PKR Youth Congress

Multiple fights have broken out at the PKR Youth congress since this morning.
Drama began when sacked permanent chairperson Mizan Adli Mohd Noor was barred from entering the event.
However, since then, several other physical altercations took place as the congress went on recess for Friday prayers.
 
Malaysia Gazette
10 min ·
Provokasi tercetus!
#KongresNasionalPKR2019




Gaduh sampai ‘pecah’ kepala
By
Muhammad Azizul Osman
-
6 December 2019

MGF06122019_PERSIDANGAN-AMK-KONGRES-KEADILAN_29

Seorang penyokong Keadilan kelihatan cedera selepas dibaling batu pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 06 DISEMBER 2019

AYER KEROH – Hari kedua Kongres Nasional PKR dicemari dengan pergaduhan sejak awal pagi tadi.

Paling teruk pergaduhan yang berlaku di perkarangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Pergaduhan dipercayai berlaku antara ‘pemerhati’ berbaju T-shirt hitam dengan perwakilan yang memakai baju rasmi PKR.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati ‘pemerhati’ yang memakai baju T-shirt hitam itu adalah dalam kalangan remaja.

Tetapi ada juga yang mendakwa sebagai pelajar sekolah.

Pergaduhan yang bermula dari dalam dewan persidangan merebak keluar ke perkarangan MITC apabila berlaku adegan provokasi oleh kedua-dua pihak.

Susulan kejadian itu, seorang ‘pemerhati’ cedera di kepala sehingga menyebabkan berlaku pendarahan.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya meleraikan pergaduhan itu. -MalaysiaGazette

 
Tun Carlos
3 jam ·

KONGRES PKR KECOH

Baru saja tadi, Kongres Nasional PKR 2019 telah dicemari insiden pergaduhan.

Pergaduhan berlaku susulan lebih kurang 200 perwakilan termasuk juga bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli dan YB Dr. Afif Bahardin dihalang daripada masuk ke dalam Kongres.

Kelihatan juga berlakunya adegan kejar-mengejar, tumbuk-menumbuk dan jerit-menjerit sambil menggunakan kata2 yang kesat.
Tapi setakat kini, masih belum ada lagi insiden kerusi terbang.

#KongresPKR2019
#Janganhisapgam
-Tun Carlos






 
Back
Top
Log in Register