BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kongres AMK tegang

Malaysia Gazette
Sebentar tadi ·
Akmal akui tidak tahu siapa 'pemerhati' berbaju hitam
https://malaysiagazette.com/…/akmal-akui-tidak-tahu-siapa-…/




Akmal akui tidak tahu siapa ‘pemerhati’ berbaju hitam
By
Muhammad Azizul Osman
-
6 December 2019

MGF06122019_PERSIDANGAN-AMK-KONGRES-KEADILAN_22

Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (tengah) bercakap kepada media pada persidangan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) sempena Kongres Nasional Keadilan ke 14 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka. foto FAREEZ FADZIL, 06 DISEMBER 2019

AYER KEROH – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd Nasir mengakui tidak mengetahui mengenai kehadiran ‘pemerhati’ berbaju T hitam dalam kongres sayap PKR itu hari ini.
Kata beliau, pihaknya masih dalam proses mendapatkan kepastian mengenai kebanjiran ‘pemerhati’ yang memenuhi ruang dalam dewan persidangan Kongres AMK.

“Sepatutnya hanya perwakilan dan pemerhati yang sah boleh masuk ke dalam dewan, saya tak tahu (siapa mereka) kerana saya duduk di depan sejak pagi.

“Memang tradisi PKR ada pakaian pelbagai. Ada pakai baju Melayu, ada pakai uniform ada juga datang dari cabang tertentu mereka ada uniform sendiri.

“Dalam isu ini kalau ada laporan atau aduan elok pihak seketariat kalau libatkan soal disiplin lembaga disiplin untuk tangani masalah ini,” kata Akmal dalam sidang media selepas Kongres AMK berhenti rehat, tengahari tadi.

Sejurus sesi persidangan kongres AMK di sesi pagi tadi, kekecohan berlaku di perkarangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) melibatkan ‘pemerhati’ dan juga ahli PKR yang memakai baju kemeja rasmi parti.

Justeru itu, Akmal menyerahkan insiden berkenaan untuk disiasat pihak berkuasa.

“Kekecohan atau sedikit salah faham yang ini bagi saya kalau ada tindakan libatkan fizikal kita serahkan kepada pihak polis untuk disiasat,” kata ahli Parlimen Johor Baru itu lagi. -MalaysiaGazette

 
mesti ade kuasa yg lg BESAR yg main peranan. kalau x, xknla berani suka2 nk block org masuk... parti kartun rakyat der...
 
macai bawahan tegang urat,timbalan dgn presiden asik tegang kemaluan ja cocok pintu belakang ekekekeke..
 
Baling batu sembunyi tangan....lepas nie mesti kluaq statement baju hitam dr pemuda umno....budaya reformasi yg xdk kesudahan.....terang2 perwakilan dh xmau akmal nie......
 
Seramai 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan lebih 500 perwakilan serta pemerhati sayap itu memilih untuk tidak hadir ke Kongres AMK petang ini atas faktor keselamatan. - Timbalan AMK, Muhammad Hilman Idham
 


Ketua Sekretariat Kongres AMK merangkap Setiausaha AMK, Ahmad Syukri Che Ab Razab, perlu bertanggungjawab atas tindakan skuad keselamatan mengasari perwakilan dan pimpinan parti. - Timbalan Ketua AMK, Muhammad Hilman Idham
 
ELFeEW1U0AA65o0

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap kekecohan yang berlaku di Kongres Nasional AMK pagi tadi sebagai tindakan biadab yang tidak boleh dibiarkan.

"Saya minta Lembaga Displin ambil tindakan memecat pelaku yang bertanggungjawab"

@501Awani #KongresPKR2019
 
Back
Top
Log in Register