BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes Harta Pusaka Taikun Genting: Siew Kim Tandatangan Wasiat Di Hospital Ketika Rawatan Kanser

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Kes Harta Pusaka Taikun Genting: Siew Kim Tandatangan Wasiat Di Hospital Ketika Rawatan Kanser​

5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa satu daripada wasiat bagi harta pusaka mendiang Lim Siew Kim telah ditandatangani di sebuah hospital swasta ketika anak perempuan taikun Kumpulan Genting Tan Sri Lim Goh Ting itu menjalani rawatan untuk kanser ovari.

Low Beng Choo, 68, peguam yang menyediakan dua wasiat bagi harta pusaka itu berkata satu wasiat tersebut telah ditandatangani pada 11 April 2022.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa keadaan fizikal dan mental Siew Kim ketika menandatangani wasiat kedua telah menjejaskan keupayaannya untuk memahami atau menghayati sifat serta skop harta yang dilupuskan.

Low, satu-satunya pemegang amanah yang masih tinggal bagi Yayasan Dikim dan dinamakan sebagai benefisiari utama harta pusaka Siew Kim dianggarkan bernilai lebih RM1 bilion, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk V. Sithambaram yang mewakili dua anak perempuan mendiang, iaitu Chan T’Shiao Li dan Kimberly Chan T’Shiao Miin.

Menerusi saman yang difailkan pada 2023, kedua-dua beradik itu menamakan empat defendan termasuk Low dan abang mereka, Marcus Chan Jau Chwen, serta mencabar keupayaan mental Siew Kim untuk melaksanakan wasiar tersebut selain mendakwa terdapat keadaan mencurigakan berkaitan penyediaan wasiat dokumen berkenaan.

Low, yang juga defendan keempat, telah mendraf dan menjadi saksi kepada wasiat Siew Kim bertarikh 11 dan 28 April 2022 selain turut bertindak sebagai saksi bagi wasiat terdahulu bertarikh 2 Nov 2021.

Sithambaram bertanya kepada Low sama ada Siew Kim sedar ketika beliau dipanggil ke Pusat Perubatan Prince Court (PCMC) pada 11 April 2022 di mana mendiang menerima rawatan untuk kanser ovari, sesak nafas akibat cecair dalam paru-paru dan penyakit lain.

Low: Saya tidak mengetahui semua butirannya.

Sithambaram: Berdasarkan keadaan fizikal dan mental Siew Kim, ketika wasiat kedua didakwa dilaksanakan, mendiang sebenarnya tidak berada dalam kedudukan yang membolehkan beliau memahami sepenuhnya apa yang telah dilaksanakan.

 
Back
Top
Log in Register