BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Perebutan Harta RM1.6 Bilion: Mahkamah Tinggi Tolak Bantahan Awal Pentadbir Pusaka Genting

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,162
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,162
Reaction score
346
Points
141
5cf981137f8e97274303b3791adf9bf45e3a410945855


Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak bantahan awal pentadbir yang dilantik oleh mahkamah untuk menguruskan pusaka bernilai RM1.6 bilion milik mendiang Lim Siew Kim, anak ketiga pengasas Genting Tan Sri Lim Goh Tong.

Hakim Mahazan Mat Taib membuat keputusan yang memihak kepada Marcus Chan Jau Chwen, anak lelaki Siew Kim dan cucu jutawan industri hiburan itu, dalam kes yang difailkan oleh anak-anak Siew Kim mengenai pusaka bernilai RM1.6 bilion tersebut.

Beliau berkata hujah peguam B. Thangaraj, yang mewakili pentadbir dilantik mahkamah untuk menguruskan pusaka berkenaan, adalah tidak tepat kerana Marcus bergantung pada bukti dan dokumen yang telah dikemukakan di mahkamah bahawa beberapa pembayaran tidak dibuat daripada akaun amanah seperti yang diperuntuk dalam perintah mahkamah.

“Ini adalah hujah berdasarkan dokumen yang telah direkodkan, jadi ia bukan pengenalan bukti baharu... mahkamah tidak akan membenarkan fakta baharu diperkenal melalui hujahan... bantahan ini tidak tepat dan justeru itu, ditolak,” katanya.

Selepas keputusan hari ini, pihak-pihak akan meneruskan pendengaran permohonan bagi menyingkirkan dua pentadbir dilantik oleh mahkamah untuk mengawasi pusaka itu, yang dijadualkan bersambung pada 4 Mac depan.

Siew Kim, yang meninggal dunia akibat kanser pada Julai 2022 ketika berusia 73 tahun, meninggalkan tiga anak perempuan serta seorang anak lelaki, dan sejak itu pusaka diuruskan oleh pentadbir pendente lite susulan pertikaian keluarga mengenai kesahihan wasiatnya.

Pada 27 Nov 2023, Mahkamah Tinggi telah melantik peguam Datuk Satharuban Sivasubramaniam dan Khoo Siew Kiat sebagai pentadbir bagi mengawasi pusaka itu.

Mereka mengambil alih pentadbiran selepas dua anak perempuan Siew Kim, iaitu Chan T’shiao Li dan Kimberly Chan T’shiao Miin, memfailkan saman probet pada 19 Jan 2023 bagi mencabar kesahihan wasiat yang dikatakan telah dibuat pada 28 April tahun lepas.

Marcus, satu-satunya anak lelaki Siew Kim dan penerima 30 peratus daripada baki pusaka, kini memohon untuk menyingkirkan kedua-dua pentadbir atas alasan berlaku salah laku dan ketidakpatuhan terhadap perintah mahkamah dalam pelantikan pentadbir.

 
Back
Top
Log in Register