BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Prabowo bakal rombak Kabinet?

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
11,498
Joined
Jun 13, 2023
Messages
11,498
Reaction score
279
Points
146

Prabowo bakal rombak Kabinet?​

3543959.webp

Prabowo - Foto: AFP

JAKARTA – Spekulasi mengenai kemungkinan rombakan Kabinet yang lebih besar kembali hangat diperkatakan apabila Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, melantik beberapa pegawai baharu dalam pentadbirannya pada Ahad.

Perkembangan itu berlaku susulan pemecatan beberapa pegawai yang dikaitkan dengan skandal rasuah serta kebimbangan yang semakin meningkat terhadap prestasi ekonomi negara, termasuk kejatuhan nilai rupiah.

Menurut Menteri Setiausaha Negara Indonesia, Prasetyo Hadi, pentadbiran Prabowo telah melantik Nanik Sudaryati Deyang sebagai Ketua Agensi Pemakanan Nasional yang baharu.

Turut mengangkat sumpah jawatan ialah Trenggono dan Agustina Arumsari sebagai timbalan agensi tersebut.

Pelantikan itu sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa Prabowo mungkin mengambil kesempatan untuk melakukan rombakan yang lebih meluas dalam Kabinetnya bagi menangani tekanan politik dan ekonomi yang semakin meningkat.

Bagaimanapun, setakat ini tiada pengumuman rasmi dibuat mengenai sebarang perubahan lain dalam barisan Kabinet Indonesia. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register