BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Klang problem : Warga emas diserang sekumpulan individu bersenjata tajam di Kapar

The Room

Legendary Member
gem
Messages
10,944
Top Poster #3
Joined
Feb 18, 2018
Messages
10,944
Reaction score
1,292
Points
206
Warga emas cedera diserang dengan pisau di kedai makan

PETALING JAYA: Seorang warga emas cedera pada bahagian muka dan badan selepas diserang sekumpulan individu bersenjata di sebuah kedai makan di sekitar kawasan Kapar, Klang, awal pagi semalam.
Menurut Ketua Polis Klang Utara S Vijaya Rao, dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, lelaki berusia 69 tahun tersebut sedang makan bersama rakannya sebelum didatangi sekumpulan lelaki.

Beliau berkata, perselisihan faham bermula apabila rakan mangsa tidak menghiraukan kata-kata kumpulan lelaki itu, mengakibatkan salah seorang suspek mengeluarkan pisau dan menghayunkannya ke arah mangsa.

“Sebelum beredar, kumpulan suspek itu turut mengeluarkan ugutan jenayah untuk menembak rakan mangsa dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Vijaya berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya berjaya menahan seorang daripada suspek semalam. Semakan terhadap individu berkenaan mendapati dia mempunyai lapan rekod jenayah lampau serta tiga rekod berkaitan dadah.

Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan, manakala polis kini sedang giat mengesan baki dua lagi suspek yang masih bebas.

Orang ramai yang mempunyai maklumat dimohon untuk tampil ke balai berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Dayang Siti Aishah Awang Ramli di talian 010-582 5382.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
 







Shah Alam: Seorang warga emas cedera selepas diserang sekumpulan individu bersenjata tajam dalam kejadian di sebuah kedai makan di Kapar, Klang, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.25 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi ketika lelaki berusia 69 tahun itu makan bersama dua rakannya sebelum didatangi empat lelaki.

"Perselisihan faham dipercayai berlaku apabila mangsa mengabaikan kata-kata kumpulan suspek berkenaan, sebelum salah seorang daripada mereka bertindak mengeluarkan pisau dan melibasnya ke arah rakan mangsa.

"Serangan itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian muka dan dada," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan turut mengugut untuk menembak mangsa sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian.

Katanya, mangsa kini dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Mengulas lanjut, Vijaya Rao berkata, seorang suspek berjaya hari kejadian dan semakan lanjut mendapati lelaki berusia 29 tahun itu mempunyai lapan rekod jenayah lampau serta tiga rekod berkaitan dadah.

"Suspek kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan dan polis turut giat mengesan dua lagi lelaki berusia dalam lingkungan 31 hingga 35 tahun bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya yang turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Dayang Siti Aishah Awang Ramli di talian 010-5825382.

Artikel➡️ Harian Metro
 
IMG_6873.jpeg
 
Back
Top
Log in Register