BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Klang problem : Pemandu lori parah ditembak, dua dirempuh kenderaan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201






Pemandu lori parah ditembak, dua suspek cedera dirempuh kenderaan lain

Shah Alam: Polis Selangor mengesahkan berlaku kes tembak membabitkan seorang individu yang dipercayai cedera parah manakala dua suspek cedera dalam kejadian di Taman Sri Kapar, Klang dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah seorang pemandu lori.

Katanya, pemandu sebuah kenderaan lain iaitu pacuan empat roda yang melihat kejadian merempuh suspek menyebabkan kecederaan kepada mereka.

"Saya mengesahkan kejadian itu berlalu. Ekoran tembakan itu dipercayai ada satu kenderaan lain melihat kejadian lalu membuat rempuhan ke atas motosikal yang dipercayai melepaskan tembakan dan mendatangkan kecederaan kepada suspek.

"Masih tidak dapat disahkan (suspek cedera atau cedera parah) sebab masih lagi untuk tindakan. Itu situasi setakat ini, saya tidak boleh komen lanjut.

"Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pagi sekitar jam 9 hingga 9.30 pagi tadi, saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat untuk lebih lanjut mengenai kes ini, tetapi saya mengesahkan kejadian itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Pada ketika ini katanya, pasukan forensik IPK Selangor dan pegawai penyiasat masih berada di lokasi kejadian.

"Kita pun tidak dapat mengesahkan identiti dan butiran suspek (umur dan sebagainya).

"Selepas selesai kerja forensik di lapangan, baru kita dapat sahkan identiti, rampasan ataupun motif kejadian itu," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan turut kelihatan pasukan polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Artikel➡️ Harian Metro
 

SHAH ALAM: Seorang lelaki cedera parah dalam kejadian tembakan di Taman Sri Kapar, Klang, dekat sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, dua suspek yang menaiki motosikal, juga cedera selepas dirempuh oleh orang awam yang melihat kejadian itu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata siasatan awal mendapati kejadian membabitkan dua lelaki bermotosikal yang melepaskan tembakan ke atas seorang pemandu lori.

Katanya, pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda yang berada berhampiran dan melihat kejadian berkenaan kemudian merempuh suspek yang melepaskan tembakan.

Terdahulu, tular di media sosial, rakaman seorang lelaki dalam keadaan terbaring selain kelihatan polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku sekitar jam 9 hingga 9.30 pagi tadi. Saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat mengenai kes ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor, di sini.

Shazeli berkata ketika ini pasukan forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor dan pegawai penyiasat masih di lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku sekitar jam 9 hingga 9.30 pagi tadi. Saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat mengenai kes ini," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor, di sini.

Shazeli berkata ketika ini pasukan forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor dan pegawai penyiasat masih di lokasi kejadian.

IMG_5191.jpeg


 

Kes Tembak Klang: Pembonceng Cedera Dirempuh Pacuan Empat Roda Disahkan Maut - Polis​

5459e208ce593735cd9db8cd9e6ad18069a95ddcae9a4

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Seorang daripada dua lelaki bermotosikal yang cedera dirempuh kenderaan pacuan empat roda selepas melepaskan tembakan di Taman Seri Kapar, Klang pagi tadi telah meninggal dunia.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata lelaki berkenaan yang juga pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku apabila kedua-dua lelaki itu melepaskan tembakan ke arah pekerja pemandu kenderaan pacuan empat roda itu di Kampung Perepat, Kapar.

“Suspek (pemandu pacuan empat roda) kemudian bertindak mengejar motosikal berkenaan hingga ke Jalan Keretapi Lama.

“Apabila seorang daripada lelaki terbabit mengacukan objek menyerupai pistol, suspek kemudian bertindak melanggar motosikal itu sehingga mengakibatkan kedua-duanya terjatuh lalu terseret masuk ke Taman Sri Kapar,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shazeli berkata semakan mendapati pemandu pacuan empat roda iaitu lelaki tempatan berusia 49 tahun mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah di bawah Seksyen 302 dan Sekyen 307 Kanun Keseksaan.

“Si mati mempunyai 23 rekod lampau berkaitan pelbagai kes jenayah berat termasuk bunuh, cubaan bunuh dan samun berkumpulan. Mangsa yang cedera pula mempunyai 10 rekod jenayah serta berstatus orang dikendaki di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata pemandu kenderaan pacuan empat roda itu telah ditahan polis untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi 13 saat memaparkan seorang lelaki terbaring di jalan raya dipercayai berkaitan dengan kes tembak.

 
Ada plot twist
Tapi takleh embed sini
 
Kes tembak Kapar: Pembonceng motosikal maut, miliki 23 rekod jenayah



Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dalam kenyataan berkata, kejadian langgar selepas kes tembakan itu mengakibatkan suspek yang membonceng motosikal maut.


"Siasatan awal mendapati, kejadian bermula apabila kedua-dua suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 dipercayai melepaskan tembakan ke arah seorang pekerja suspek (pemandu kenderaan) di Kampung Perepat.

"Suspek (pemandu kenderaan) bertindak mengejar motosikal terbabit sehingga ke Jalan Keretapi Lama.

"Apabila salah seorang daripada individu yang menunggang motosikal mengacukan objek menyerupai pistol, suspek (pemandu kenderaan) bertindak melanggar motosikal terbabit sehingga mengakibatkan kedua-duanya terjatuh dan terseret di simpang masuk Taman Sri Kapar," katanya dalam kenyataan petang ini.

Shazeli berkata, semakan rekod mendapati, suspek yang maut mempunyai 23 rekod lampau membabitkan pelbagai jenayah berat termasuk kes bunuh, cubaan bunuh dan samun berkumpulan.

"Penunggang motosikal yang cedera pula mempunyai 10 rekod jenayah lampau dan berstatus orang dikehendaki mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu katanya, pemandu kenderaan yang melanggar motosikal seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun sudah ditahan.

"Semakan mendapati, suspek ini juga mempunyai rekod lampau dadah dan jenayah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 307 Kanun Keseksaan.

"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau juga menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh menjelaskan siasatan polis.

"Orang awam juga diminta menyalurkan maklumat kepada polis bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan satu kes tembak membabitkan seorang individu yang dipercayai cedera parah manakala dua suspek cedera dalam kejadian di lokasi terbabit.


Artikel : Harian Metro
 

Peniaga Rempuh Dua Lelaki Bermotosikal Di Klang Didakwa Membunuh​

da2e3a1f9ca1043d1300b6c9fbba020d5e3a40f5b656b


Seorang peniaga yang merempuh dua lelaki bermotosikal menggunakan kenderaan pacuan empat roda sehingga mengakibatkan pemboncengnya maut di Kapar, Klang minggu lepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh.

R. Ganesalingam, 49, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Karthiyayini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki terbabit didakwa membunuh dan menyebabkan kematian ke atas K. Tinesh Kumar, 33, di hadapan simpang masuk Taman Seri Kapar, Batu 12, Jalan Keretapi Lama Off Jalan Kapar, Klang pada 9.47 pagi, 5 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Syuhada Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 April untuk laporan forensik.

Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan kematian seorang daripada dua lelaki bermotosikal yang cedera dirempuh kenderaan pacuan empat roda selepas melepaskan tembakan di Taman Seri Kapar, Klang pada pagi 5 Mac.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku apabila kedua-dua lelaki itu melepaskan tembakan ke arah pekerja pemandu kenderaan pacuan empat roda itu di Kampung Perepat, Kapar dan susulan itu suspek (pemandu pacuan empat roda) bertindak mengejar motosikal tersebut hingga ke Jalan Keretapi Lama.

 


Suspek kes tembak dilanggar mati: Peniaga rempuh motosikal dituduh membunuh


KLANG: Lelaki yang merempuh penembak bermotosikal sehingga menyebabkan seorang maut dalam kejadian di Jalan Keretapi Lama di Kapar, dekat sini minggu lalu, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh.

R Ganesalingam, 49, dihadapkan di hadapan Majistret A Karthiyayini dan sekadar mengangguk tanda faham pertuduhan yang dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang juga peniaga kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia yang diwakili peguam, K Nathiya dituduh melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas K Tinesh Kumar, 33, di hadapan simpang masuk Taman Seri Kapar, kira-kira jam 9.46 hingga 9.47 pagi, 5 Mac lalu. Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Syuhada Rosli.

Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan. Mahkamah kemudian menetapkan 22 April untuk sebutan semula dan laporan forensik.

Media pada 5 Mac lalu melaporkan dua lelaki yang menunggang motosikal Yamaha Y15 dipercayai melepaskan tembakan ke arah pemandu lori di Kampung Perepat sebelum dikejar majikan mangsa hingga ke Jalan Keretapi Lama, dekat Tok Muda.

Majikan berkenaan kemudian melanggar motosikal terbabit apabila seorang daripada suspek mengacukan objek menyerupai pistol. Kedua-dua suspek kemudian terjatuh dan terseret di simpang masuk Taman Seri Kapar.

Semakan mendapati pembonceng motosikal yang maut mempunyai 23 rekod jenayah, manakala rakan yang cedera memiliki 10 rekod jenayah dan dikehendaki di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan. Suspek yang cedera dilaporkan stabil dalam rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Lelaki yang merempuh motosikal itu pula mempunyai rekod kes dadah dan jenayah di bawah Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.

#beritaharian
 
Back
Top
Log in Register