hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,488
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,488
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Pemandu lori parah ditembak, dua suspek cedera dirempuh kenderaan lain
Shah Alam: Polis Selangor mengesahkan berlaku kes tembak membabitkan seorang individu yang dipercayai cedera parah manakala dua suspek cedera dalam kejadian di Taman Sri Kapar, Klang dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan ke arah seorang pemandu lori.
Katanya, pemandu sebuah kenderaan lain iaitu pacuan empat roda yang melihat kejadian merempuh suspek menyebabkan kecederaan kepada mereka.
"Saya mengesahkan kejadian itu berlalu. Ekoran tembakan itu dipercayai ada satu kenderaan lain melihat kejadian lalu membuat rempuhan ke atas motosikal yang dipercayai melepaskan tembakan dan mendatangkan kecederaan kepada suspek.
"Masih tidak dapat disahkan (suspek cedera atau cedera parah) sebab masih lagi untuk tindakan. Itu situasi setakat ini, saya tidak boleh komen lanjut.
"Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pagi sekitar jam 9 hingga 9.30 pagi tadi, saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat untuk lebih lanjut mengenai kes ini, tetapi saya mengesahkan kejadian itu," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.
Pada ketika ini katanya, pasukan forensik IPK Selangor dan pegawai penyiasat masih berada di lokasi kejadian.
"Kita pun tidak dapat mengesahkan identiti dan butiran suspek (umur dan sebagainya).
"Selepas selesai kerja forensik di lapangan, baru kita dapat sahkan identiti, rampasan ataupun motif kejadian itu," katanya.
Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan turut kelihatan pasukan polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
Artikel