BTC USD 75,879.3 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Wanita dakwa cemas diperhati pemandu e-hailing sebelum nekad keluar kenderaan

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,483
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,483
Reaction score
1,681
Points
201


Video tular wanita melompat dari kenderaan sedang bergerak dikatakan berlaku di Klang, Selangor.

Sumber➡️ Media sosial
 
d25c1e6279f46d3c8bb3990702941ecc60ea9d408846d


Seorang penumpang e-panggilan cedera selepas bertindak nekad melompat keluar dari sebuah kereta yang sedang bergerak di jalan raya berhampiran Taman Eng Ann, Klang dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata wanita berumur 25 tahun itu mendakwa tindakan pemandu kenderaan tersebut yang melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab jelas membuatkan dia berasa risau dan cemas sebelum bertindak membuka pintu di sebelah kanan.

“Kereta itu dipandu lelaki tempatan berusia 47 tahun, seorang pemandu e-panggilan sepenuh masa, yang ketika itu membawa dua penumpang wanita... pemandu memberhentikan kenderaan dan mendapati mangsa cedera ringan.

“Susulan itu, pemandu e-panggilan membatalkan pesanan tersebut dan meminta bantuan seorang penunggang motosikal di lokasi bagi menghantar mangsa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu e-panggilan kemudian membuat laporan polis sebagai perlindungan diri, dan kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman kamera papan pemuka berdurasi seminit memaparkan aksi seorang wanita berbaju putih melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak di sekitar Klang.

 
Wanita dakwa cemas diperhati pemandu e-hailing sebelum nekad keluar kenderaan

Klang: Seorang pemandu e-hailing cemas selepas seorang penumpang wanita bertindak keluar dari kenderaan yang sedang bergerak dalam kejadian berhampiran Taman Eng Ann, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, wanita tempatan berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemandu e-hailing yang berusia 47 tahun berhubung kejadian itu jam 9 pagi tadi.

Katanya, pengadu adalah seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai pemandu e-hailing sepenuh masa.

"Kejadian berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak Shell, Taman Eng Ann yang mana semasa pengadu dalam perjalanan menghantar dua penumpang.

"Secara tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita telah bertindak membuka pintu bahagian kanan belakang lalu terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak.

"Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati penumpang tersebut mengalami kecederaan ringan akibat insiden berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati penumpang tersebut mendakwa bertindak sedemikian kerana berasa cemas dan bimbang akan keselamatannya setelah mendakwa pengadu memerhatikannya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang jelas.

Katanya, susulan kejadian itu, pengadu membatalkan pesanan e-hailing tersebut dan dengan bantuan seorang penunggang motosikal di lokasi, penumpang berkenaan telah dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan.

"Pengadu membuat laporan polis sebagai perlindungan diri terhadap sebarang kemungkinan di masa hadapan.

"Kes kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain) dan usaha mengesan penumpang terlibat sedang dijalankan bagi melengkapkan siasatan," katanya.

Terdahulu menerusi rakaman papan pemuka sebuah kenderaan lain, wanita berkenaan bertindak membuka pintu penumpang dan keluar dari kenderaan berkenaan.

Pemandu e-hailing kemudian berhenti sebelum rakan wanita berkenaan turut keluar dari kenderaan berkenaan untuk membantunya.

Artikel➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register