BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,332.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Polis siasat video tular pemandu e-hailing terbabit gangguan seksual terhadap penumpang

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,483
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,483
Reaction score
1,681
Points
201


Polis siasat video tular pemandu e-hailing terbabit gangguan seksual terhadap penumpang


JOHOR BAHRU: Polis sedang mengenal pasti pemandu e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang penumpang wanita susulan satu video yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.


"Polis sedang mengenal pasti individu-individu yang terlibat, saksi kejadian dan punca sebenar insiden itu," katanya melalui kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-218 2323 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, video gangguan seksual yang dipercayai dirakam penumpang wanita berkenaan dan latar belakang pemandu itu tular di laman sosial.

Kejadian dipercayai berlaku di bandar raya ini, menimbulkan kemarahan orang ramai yang kesal dengan tindakan tidak bermoral pemandu berkenaan.

Artikel : Harian Metro
 
fd313f8a616823c5e03b3d5f4c9b6f246981bf0b9382e

Menteri Pengangkutan Anthony Loke

Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membatalkan serta-merta Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) seorang pemandu e-hailing yang terlibat dalam insiden gangguan seksual terhadap penumpang di Johor.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata susulan tindakan pembatalan itu pemandu terbabit tidak boleh berkhidmat sebagai pemandu di semua platform e-hailing.

“MOT tidak akan bertoleransi dengan sebarang tingkah laku yang mengganggu gugat keselamatan penumpang dan bersedia untuk menyokong mangsa dalam memastikan tindakan polis diambil terhadap pihak pelaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Loke berkata MOT melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan memanggil semua pengendali e-hailing termasuk Grab untuk membentangkan pelan tindakan penambahbaikan bagi keselamatan penumpang.

Media baru-baru ini melaporkan polis sedang mengenal pasti pemandu e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang penumpang wanita di Johor Bahru susulan satu video yang tular di media sosial sejak Ahad lepas.

Video tular berkenaan dipercayai dirakam oleh penumpang wanita terbabit sehingga latar belakang pemandu itu tular di laman sosial.

 
Pemandu e-hailing 'gatal', cabul penumpang diberkas polis

Johor Bahru: Pemandu e-hailing yang disyaki melakukan gangguan seksual terhadap penumpang wanita diberkas polis selepas video insiden itu tular di media sosial.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arshad, berkata, pemandu berusia 26 tahun itu ditahan semalam di sekitar bandar raya ini.

Katanya, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita warga Vietnam berhubung kejadian mencabul kehormatan didakwa berlaku di dalam kenderaan e-hailing yang dinaiki mangsa.

"Rakaman video berkaitan kejadian itu dikesan tular di platform media sosial sejak 2 Februari lalu, sebelum mangsa tampil membuat laporan polis

"Bertindak atas maklumat diterima, polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun di kawasan Johor Bahru pada 4 Februari bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, turut dirampas dua unit telefon bimbit serta kereta Perodua Bezza.

Katanya, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini bagi permohonan reman dan mahkamah membenarkan perintah reman selama tiga bermula hari ini sehingga Sabtu ini.

Terdahulu, polis sedang mengenal pasti pemandu e-hailing yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang penumpang wanita di sini susulan satu video yang tular di media sosial sejak Ahad lalu.


Susulan insiden itu, Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) pemandu itu selain tidak membenarkannya berkhidmat di semua platform e-hailing serta merta.


Artikel➡️ Harian Metro
 
Back
Top
Log in Register