BTC USD 75,703.4 Gold USD 4,329.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Video perbualan lucah pemandu Grab terhadap penumpang

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,483
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,483
Reaction score
1,681
Points
201
VIDEO PERBUALAN LUCah DALAM KERETA E-HAILING TULAR, TARIK PERHATIAN NETIZEN


Video yang dirakam menggunakan telefon bimbit itu menunjukkan suasana di dalam sebuah kereta e-hailing ketika wanita berkenaan dalam perjalanan ke destinasi yang tidak dinyatakan.

Sepanjang rakaman, kedengaran suara pemandu lelaki terbabit berbual dengan nada tidak senonoh, termasuk menggunakan bahasa berunsur seks yang menimbulkan rasa kurang senang wanita berkenaan.

Setakat ini, tiada maklumat sahih mengenai tarikh kejadian atau lokasi sebenar insiden tersebut, serta Identiti wanita yang merakam video mahupun pemandu e-hailing berkenaan juga belum dikenal pasti.

Bagaimanapun, video itu mengundang pelbagai reaksi netizen, terutamanya golongan pengguna perkhidmatan e-hailing yang bimbang terhadap keselamatan dan keselesaan penumpang, khususnya wanita.

Beberapa pengguna media sosial turut menggesa pihak syarikat e-hailing serta pihak berkuasa menjalankan siasatan bagi mengenal pasti pemandu terbabit dan mengambil tindakan sewajarnya jika berlaku pelanggaran etika atau undang-undang.

Setakat laporan ini disiarkan, masih tiada kenyataan rasmi daripada mana-mana syarikat e-hailing berkaitan insiden tersebut. Namun pengguna diingatkan untuk segera membuat laporan kepada penyedia perkhidmatan atau pihak polis sekiranya berdepan situasi tidak selamat ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing.

Sumber : Media Sosial

 
Back
Top
Log in Register