BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Wanita warga emas cedera diserang anjing jiran terlepas

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201
Wanita warga emas cedera diserang anjing jiran terlepas


Kota Kinabalu: Seorang wanita warga emas cedera di lutut, tangan dan bahu selepas diserang anjing di Taman Century, Lido, di sini, pada Jumaat.

Mangsa dipercayai diserang anjing milik jiran yang terlepas dari kawasan rumah sebelum disedari penduduk berhampiran yang kemudian menjerit meminta tolong.

Pemilik anjing berkenaan turut cuba membantu mangsa, namun haiwan itu bertindak agresif dan sukar dikawal.


Disyorkan
Seorang pengguna jalan raya yang kebetulan melalui kawasan berkenaan turut berhenti dan membantu menghalau anjing terbabit yang ketika itu masih agresif menyerang mangsa.

Penduduk kemudiannya segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 4.31 petang.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan mendapati seorang wanita warga emas mengalami kecederaan di bahagian lutut, tangan dan bahu sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut.

"Pemeriksaan turut dilakukan di kawasan kejadian bagi memastikan keadaan selamat dan tiada lagi ancaman daripada anjing berkenaan," katanya.


Artikel : Harian Metro

 
Back
Top
Log in Register