BTC USD 75,848.5 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Warga emas cedera disamun lelaki di Nilam Puri

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201


Warga emas cedera disamun lelaki di Nilam Puri

ADILA SHARINNI WAHID

KOTA BHARU -Seorang wanita warga emas cedera ringan selepas disamun dua lelaki menaiki motosikal ketika berada di tepi jalan di Nilam Puri, di sini pada Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff berkata, kejadian berlaku pada jam 8.15 pagi ketika mangsa berusia 69 tahun baru selesai membeli ikan dan sedang menunggu untuk melintas jalan.

“Sewaktu itu, dua lelaki menaiki motosikal jenis Honda EX5 menghampiri pengadu sebelum pembonceng turun dan menarik beg duit dari tangannya.

“Mangsa cuba mendapatkan semula beg duit tersebut namun terjatuh di tepi jalan. Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM50 dan membuat laporan polis.

Susulan itu, polis menahan tiga lelaki tempatan berusia antara 20-an hingga 30-an termasuk seorang pemilik motosikal yang digunakan dalam kejadian.

“Mereka ditahan pada jam 7.53 malam semalam.

“Polis turut merampas sebuah motosikal yang digunakan semasa kejadian,” katanya.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine.

“Ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Isnin bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel : Sinar Harian
 
Back
Top
Log in Register