BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki mengamuk guna parang di tabuan lot, warga emas cedera parah

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201
LELAKI MENGAMUK GUNA PARANG DI TABUAN LOT, WARGA EMAS CEDERA PARAH

KUCHING, 23 Nov — Seorang lelaki berumur 25 tahun ditahan kerana bertindak agresif dengan menghayunkan sebilah parang ke arah orang awam di luar sebuah masjid di Tabuan Lot, Kuching semalam.

Dalam insiden itu, seorang lelaki warga emas, 70 tahun cedera parah di bahagian jari sebelah kiri.

Suspek akan direman selepas selesai rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, dalam kenyataan media hari ini memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

ACP Alexson turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengawal emosi dan tidak bertindak agresif sehingga mengundang bahaya kepada diri sendiri serta masyarakat.

Orang ramai juga digesa menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya melihat tingkah laku mencurigakan atau berisiko tinggi, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Wartawan/Foto: ROSE/PR

Artikel : Berita RTM Sarawak


14111980633412077-346807.jpg

14111980633412077-346808.jpg

14111980633412077-346809.jpg

14111980633412077-346810.jpg

14111980633412077-346811.jpg
 
Back
Top
Log in Register