hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,486
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 27,486
- Reaction score
- 1,681
- Points
- 201
Lelaki mengamuk cederakan warga emas ditahan
KUALA LUMPUR: Lelaki warga Indonesia ditahan polis selepas mencederakan seorang warga emas dalam kejadian amuk di Pangsapuri Miharja Fasa 1, Cheras di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, kejadian berlaku pada jam 11.40 pagi selepas pihak polis menerima makluman berhubung kejadian berkenaan.
“Unit Peronda Polis (MPV) yang dikerahkan ke lokasi kejadian mendapati suspek lelaki berusia 25 tahun tanpa dokumen pengenalan diri ke rumah mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 78 tahun.
“Siasatan mendapati suspek mengetuk pintu rumah mangsa dengan kuat menggunakan pisau sehingga patah dan tercampak ke dalam longkang.
“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian rusuk sebelah kanan,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, saksi di tempat kejadian memaklumkan suspek mengganggu orang ramai dan membuat bising sejak tiga hari lalu.
“Polis berjaya menahan suspek pada jam 1.38 tengah hari dan merampas sebilah pisau patah berukuran 34 sentimeter. Suspek dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk rawatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (mencederakan); Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Artikel : Buletin Tv3