BTC USD 75,904.4 Gold USD 4,338.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tular lelaki cedera parah, tangan terkulai dipercayai ditetak

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201



Tular lelaki cedera parah, tangan terkulai dipercayai ditetak


GEORGE TOWN – Tular rakaman video memaparkan insiden seorang lelaki dipukul sekumpulan lelaki sehingga kepalanya mengalami kecederaan parah manakala tangan kanannya hampir terputus dalam kejadian dipercayai berlaku di salah sebuah pusat beli-belah di sini, hari ini.

Video berdurasi 29 saat itu memaparkan dua lelaki bertopi keledar memukul lelaki terbabit dipercayai menggunakan senjata tajam di pekarangan luar premis berkenaan.

Pada masa sama, kelihatan dua lelaki yang menunggang motosikal berada berhampiran lokasi kejadian sebelum membonceng dua suspek terbabit lalu meninggal lokasi berkenaan.

Menerusi satu lagi video tular yang berdurasi 17 saat, kelihatan seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah selepas mengalami cedera parah pada kepala termasuk tangan kanannya hampir terputus dipercayai ditetak dua lelaki yang berbaju serba hitam berkenaan.

Video tersebut dipercayai dirakam orang awam yang berada berdekatan lokasi kejadian sebelum ia tular di media sosial.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan berhubung kejadian berlaku. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
Tgh hari td
Just another day in Penang
Move on
Nothing to see here

Ps : penang not for human live wan
 
Dulu dulu kat komtar era 80an dan 90an pun bnyk kes armed robbery
 
Arun Diraisamy taknak back up??????
 
Mistakenly posted
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register