BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keselamatan Pelajar Tumpuan Minggu Pertama Perbahasan Belanjawan 2026

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,771
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,771
Reaction score
289
Points
146
4db449c60e8902585b339afcd4f04dad68e9dd00e401d


Isu keselamatan dan kebajikan pelajar menjadi tumpuan pada minggu pertama perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar susulan beberapa insiden membabitkan pelajar sekolah baru-baru ini.

Ahli-Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sepakat supaya Kementerian Pendidikan (KPM) menggunakan peruntukan berjumlah RM66.2 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2026 bagi menangani kes membabitkan pelajar, memperkukuh kemahiran guru dan menaik taraf fasiliti sekolah.

Antara cadangan yang diketengah ialah pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), penambahbaikan sistem pemantauan disiplin, pelaksanaan semula hukuman rotan secara terkawal dan reformasi pendidikan bagi mengurangkan beban tugas pentadbiran sekali gus memastikan guru memberi tumpuan kepada tugas hakiki sebagai pendidik.

Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata terdapat keperluan untuk mengembalikan hukuman rotan sebagai usaha mendisiplinkan pelajar namun ia perlu dilaksanakan mengikut tatacara dan prosedur yang teratur.

Beliau berkata merotan terbukti sebagai langkah yang berkesan sejak dahulu lagi dan turut menyarankan agar guru yang ditugaskan untuk melaksanakan tindakan itu menjalani pemeriksaan psikologi bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.

Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) pula mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan sistem pemantauan berasaskan data bagi kes buli dan salah laku pelajar serta mewajibkan pengajaran modul empati dan ihsan di sekolah.

Beliau turut menggesa agar bilangan guru kaunseling dan pegawai psikologi dipertingkat dengan nisbah sekurang-kurangnya seorang kaunselor bagi setiap 200 pelajar bagi membendung gejala sosial yang semakin meruncing mutakhir ini.

Doris Sophia juga berkata terdapat lebih 3,000 kes buli direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) antara 2022 hingga 2024, dengan hampir 60 peratus daripadanya berlaku di sekolah serta melahirkan kebimbangan terhadap 400 kes cabul dan rogol melibatkan remaja bawah umur yang direkodkan pada tahun lepas sahaja.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) pula mencadangkan pemasangan CCTV di sekolah serta tindakan tegas diambil terhadap pihak yang mempunyai kaitan dalam kes jenayah di sekolah termasuk warden dan pengetua.

 
Back
Top
Log in Register