kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,711
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,711
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Isu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan peningkatan Pemberian Khas Persekutuan kepada Sabah, serta cadangan mengehadkan umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun, antara topik utama perbahasan minggu kedua Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Rakyat.
Kira-kira 40 lagi Ahli Parlimen selesai membahaskan rang undang-undang itu yang menyentuh pelbagai isu pembangunan, usaha kerajaan memperkukuh tadbir urus serta isu sosial berkaitan had umur minimum penggunaan media sosial yang dilihat semakin membimbangkan.
Dewan Rakyat tidak bersidang pada Isnin dan Selasa berikutan sambutan Deepavali namun sesi perbahasan disambung semula pada Rabu.
Datuk Siti Aminah Aching (BN-Beaufort) berkata rakyat Sabah menghargai peningkatan pemberian khas kepada RM600 juta dan peruntukan RM6.9 bilion dalam Belanjawan 2026, namun pelaksanaan perlu telus dan selaras dengan semangat MA63.
Datuk Lo Su Fui (GRS-Tawau) pula membangkitkan isu ‘tiga serangkai’ yang membelenggu Sabah iaitu jalan raya, bekalan elektrik dan air yang perlu diselesaikan secara menyeluruh demi kesejahteraan rakyat luar bandar.
Pada masa sama, beberapa Ahli Parlimen menyokong cadangan kerajaan mengehadkan umur minimum penggunaan media sosial kepada 16 tahun bagi membendung kesan negatif teknologi itu terhadap perkembangan mental dan sosial remaja.
Datuk Larry Sng Wei Shien (PBM-Julau) mahu pelaksanaannya disegerakan, Young Syefura Othman (PH-Bentong) pula menekankan mekanisme verifikasi umur dan tanggungjawab platform manakala Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) serta Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) mahu kawalan kandungan dipertingkatkan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) pula mencadangkan satu pelan pendidikan sahsiah menyeluruh digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membentuk pelajar berakhlak dan berdaya tahan terhadap pengaruh media sosial serta kecerdasan buatan.
Semasa sesi penerangan khas pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Kerajaan MADANI telah mencapai kemajuan dalam menyelesaikan banyak isu MA63 bagi Sabah, dengan 13 tuntutan diselesaikan menerusi Jawatankuasa Teknikal di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
MA63, Had Umur Pengguna Media Sosial Antara Tumpuan Perbahasan Minggu Kedua Belanjawan 2026
Dewan Rakyat, MA63, Sabah, 16 tahun, Anwar Ibrahim