BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Peruntukan Persekutuan Antara Tumpuan Minggu Kedua Dewan Rakyat

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Peruntukan Persekutuan Antara Tumpuan Minggu Kedua Dewan Rakyat​

92c41a93b4cd98eea9be7cbdf0946b5d63835781e20ad


Penjelasan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa hampir semua negeri menerima peruntukan Kerajaan Persekutuan melebihi hasil cukai yang disumbangkan menjadi antara tumpuan pada minggu kedua persidangan Dewan Rakyat.

Pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, Selasa lepas, Perdana Menteri berkata agihan peruntukan dibuat berdasarkan keperluan pembangunan dan kesejahteraan rakyat, sekali gus menolak dakwaan kononnya terdapat negeri yang dianaktirikan atau dipinggirkan.

Beliau turut menjelaskan sebarang permohonan tambahan dana oleh kerajaan negeri bagi projek pembangunan melibatkan Notis Perubahan (NOC) perlu dirunding semula sebelum keputusan mengenai peruntukan atau pinjaman tambahan dibuat.

Selain itu, Anwar menegaskan pengumuman projek atau dasar baharu sepanjang tempoh kempen pilihan raya tidak dibenarkan selaras dengan Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026, pindaan RUU Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2025 serta RUU Jenayah Siber 2026 yang antara lain memperuntukkan kesalahan dan hukuman berkaitan pemalsuan digital (deepfake) serta penyebaran imej intim digital yang dimanipulasi melalui sistem komputer.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan kerajaan sedang merangka RUU kontrak baharu bagi mengiktiraf hak pihak ketiga serta memodenkan kerangka agensi komersial, termasuk mengambil kira penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata Laporan Akhir Kajian Pembaharuan Undang-Undang Kontrak di Malaysia yang mengandungi syor dasar, analisis perbandingan dan draf perundangan telah siap serta dibentangkan kepada Ahli Parlimen untuk rujukan.

Dalam perkembangan lain, kerajaan menegaskan komitmen untuk memastikan keterjaminan bekalan barangan keperluan, mengawal harga barangan asas serta meningkatkan kecekapan saluran pengedaran bagi mengurangkan impak kenaikan harga kepada rakyat.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kerajaan melaksanakan pemantauan harian ke atas bekalan dan harga barangan keperluan, selain menyelaras tindakan bersama Petroliam Nasional Berhad (Petronas) serta pemain industri bagi memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil.

 
Back
Top
Log in Register