BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kaedah Pengesahan Umur Media Sosial Dimuktamadkan Suku Kedua 2026 - Teo

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
1b6b83eafe129d275e8eb2cd9a605cca699e81ecdaee8

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching menjawab pertanyaan pada mesyuarat pertama penggal kelima Majlis Parlimen ke-15 Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini.

Kerajaan menjangkakan kaedah pengesahan umur bagi pengguna media sosial akan dimuktamadkan melalui instrumen subsidiari di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) pada suku kedua tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata mekanisme berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk melindungi kanak-kanak dan remaja daripada kandungan memudaratkan selaras dengan penguatkuasaan akta itu sejak 1 Jan lepas.

Beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini sedang menilai tahap pelaksanaan mekanisme pengesahan umur dan identiti dengan mengambil kira aspek keselamatan akaun, perlindungan data peribadi, privasi serta kesesuaian dengan kerangka perundangan sedia ada.

“MCMC juga sedang melaksanakan proses Medan Ujian Regulatori (Regulatory Sandbox) bersama penyedia platform media sosial bagi menilai pendekatan teknologi yang sesuai,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Norhasmimi Abdul Ghani mengenai cadangan sekatan ketat akses media sosial terhadap kanak-kanak bawah 16 tahun bagi mengekang unsur berbahaya yang menjejaskan kesihatan mental mereka.

Teo berkata ujian berkenaan melibatkan kaedah pengesahan umur, pensahihan entiti serta penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk mengesan kandungan berisiko.

"Selepas penilaian mekanisme pengesahan umur dan proses Medan Ujian Regulatori, kewajipan untuk memastikan pengguna berumur 16 tahun ke bawah tidak menggunakan akaun media sosial akan diletakkan sepenuhnya kepada penyedia platform berdasarkan instrumen subsidiari di bawah Akta 866," katanya.

Kegagalan penyedia platform mematuhi peruntukan tersebut boleh menyebabkan penalti kewangan hingga RM10 juta dikenakan, katanya.

Beliau berkata langkah itu bertujuan memastikan algoritma media sosial selamat dan bersesuaian mengikut peringkat umur, seterusnya mengelak pendedahan kepada kandungan negatif seperti buli siber dan gangguan seksual.

 
Back
Top
Log in Register