BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

43,618 Kandungan 'Scam' Di Media Sosial Diturunkan Setakat Suku Pertama 2026 - Teo

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
b6560cff6df01f25152c5f8097a639c269ef071c0c2a3


Sejumlah 43,618 kandungan berunsur scam atau penipuan telah diturunkan penyedia platform media sosial setakat suku pertama tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Beliau berkata tindakan menurunkan kandungan itu adalah atas permohonan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang dipatuhi oleh penyedia platform.

Katanya, statistik menunjukkan kadar penurunan kandungan berkaitan scam meningkat secara mendadak setiap tahun.

“Pada 2023, sebanyak 6,297 kandungan berkaitan scam telah diminta turunkan dan telah diturunkan (oleh penyedia platform). Tetapi kita nampak bahawa angka ini meningkat begitu drastik pada 2024 kepada 63,652 dan pada 2025 kepada 98, 503.

“Trend (kandungan berunsur scam dan penipuan di media sosial) ini membimbangkan, jadi kita perlu bekerjasama dengan media dalam usaha berterusan mendidik masyarakat tentang literasi digital,” katanya.

Teo berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Persekutuan Wartawan ASEAN ke-21, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata tidak semua atau seratus peratus permohonan menurunkan kandungan daripada MCMC diambil tindakan oleh penyedia platform.

Katanya, statistik menunjukkan sejak 2023 hingga setakat tahun ini, MCMC telah membuat permohonan untuk menurunkan sebanyak 255,931 kandungan, manakala yang telah diturunkan adalah 212,070.

Sementara itu, menerusi ucapannya Teo berkata ancaman penipuan, berita palsu dan deepfake bukan lagi sekadar kebimbangan tempatan tetapi merupakan cabaran global yang membawa kesan kepada pelbagai negara.

 
Back
Top
Log in Register